pregnant

Wednesday, April 3, 2013

MENU & RESEPI BERPANTANG

30 weeks 6 days 3.4.13

Salam semua... esok dah 31 minggu. Nak story la sikit pasal check up kat klinik kesihatan. Kandungan dah nak masuk 31 minggu ni, baru nak citer pasal gi checkup hehe. Saya check up kat klinik kesihatan saya kerja jer.. tapi tetap kene marah sebab hemoglobin saya turun dengan teruknya iaitu 8.9 muahaahaha..... memangla saya ni thalassemia trait tapi sebab saya langsung tak amik obimin yang doktor suruh kan, memangla merundum turun hb saya.Saya ni pelupa bab amik vitamin ni... lagipun kalau amik obimin saya sembelit tu yang tak suka tu :(
Lepas tu kiraan gerak anak pulak saya tanda dengan baik tapi tak catat kiraan yg ke 10 tu pada pukul berapa? kena jugak marah dengan doktor. Ingat kalau keje kat klinik tak kene marah? hmm doktor n nurse marah sebab sayang kat mama & baby tau. Oleh sebab itu saya dengan ini mengistiharkan yang saya sudah insaf dan rasa sangat bersalah kerana saya tahu tindakan saya sangat berbahaya untuk saya dan baby.
Oleh kerana keinsafan yang mendalam, saya pun mengambil semula obimin dan kalsium setiap malam sebelum tidur, kenapa saya amik malam? sebab saya akan terus tido dan tak ambil apa apa makanan  atau minuman yang berkafien yang bule menyebabkan obimin tidak dapat diserap dengan baik. Siapa yang ajar? haha diri sendiri punya idea, lagi 2 minggu check up kita tengok keputusan Hb saya okay ke tidak...

Entry kali ini saya nak ceritakan menu & resepi berpantang yang menjadi pilihan saya. Harap suami saya dapat masakkan n sediakan untuk saya hihi...

TIPS berpantang:-
1. Minum teh herbanika satu mug dengan mengguna sudu setiap kali sebelum makan; cara ini dapat mengenyangkan ibu dan membantu ibu berpantang menguruskan badan ketika berpantang.

2. Manjakani dan kacip fatimah hanya boleh di ambil selepas bersalin 30 hari kerana jika diambil terlalu awal, peranakkan akan kecut dan darah-darah kotor tak sempat habis keluar dan ini akan menyebabkan darah kotor terkumpul dan menjadi busuk...

3. Seminggu pertama digalakkan makan makanan yg kering dan hadkan pengambilan air. Minggu ke 2 berpantang bolehlah menyediakan sayur atau lauk yang berkuah dan meningkatkan jumlah pengambilan air.

4. Untuk senarai makanan yang boleh dan dilarang makan ketika berpantang anda boleh merujuk dengan encik google sebab dah banyak sekarang di internet Antaranya:- .Makanan yang boleh dan tidak boleh ketika berpantang.
*****

Berikut adalah menu yang saya rancang untuk berpantang kali ini,
Sarapan pagi 
Air akar herbanika NR dan 3 bj phytonatal (hari 4-30)
+ Cornflakes + yogurt  ATAU Roti wholemeal bakar
+ Milo kosong ATAU Susu badam madu

Makan tengahari
Nasi panas
+ Air akar herbanika NR
+Menu & resepi lauk seperti di bawah

Minum petang & Supper
Roti krim ATAU biskut jacobs
+ Milo kosong
+ Air akar herbanika NR
*****
(A) RESEPI MAKANAN IBU BERPANTANG

Kalau suka makan ikan bilis goreng jangan lupa beli banyak-banyak dan buat stok untuk berpantang :)
RESEPI BERTEMAKAN IKAN BILIS 
  • ikan bilis + cili merah ditumbuk dan digaul dengan nasi panas
  • ikan bilis + halia (dipotong halus) + lada hitam (ditumbuk) + kunyit (dipotong halus) disangai atas kuali sampai kering 
ACAR 

KERABU PEGAGA
1. Tumbuk (ikan bilis + lada hitam + cili merah) + bawang merah (dihiris) + garam + pegaga (dihiris) gaul kan kesemuanya (jika suka tambah sedikit kerisik)

SOS LADA HITAM
Sos ini untuk digaul dengan nasi panas atau ditabur diatas ikan goreng/kukus.
Blender kering :-
  • lada hitam + kunyit hidup + garam + bawang putih + sedikit cuka
IKAN TENGGIRI MASAK HALIA
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 6 ulas bawang putih dihiris
  • seketul kunyit dihiris memanjang
  • seketul halia dihiris memanjang
2. Masukkan sedikit air hingga mendidih dan masukkan 2 ketul ikan tenggiri.
(Boleh digantikan dengan ikan lain yang boleh diambil ketika berpantang)

SAWI TUMIS AIR
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • Kiub ikan bilis @ ikan bilis 
  • 3 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah ditumbuk
2. Masukkan sedikit air hingga mendidih dan masukkan sawi yang telah dipotong.
(Boleh menggantikan sawi dengan lobak putih atau sayur sayur lain yang boleh diambil ketika berpantang)

KUCAI GORENG KICAP
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • Kiub ikan bilis @ ikan bilis 
  • 3 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah ditumbuk
2. Masukkan kucai dan kicap. (Boleh digantikan dengan sayur lain yang boleh diambil ketika berpantang)

KARI IKAN HARUAN
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • 1 tangkai daun kari
  • Bawang besar
  • 4 camca serbuk kari ikan (digaul dengan sedikit air dulu)
2. Sampai keluar minyak masukkan 
  • Air asam semangkuk 
  • Ikan haruan

B) RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG

AIR HALIA utk 3 hari pertama berpantang. Jangan minum banyak.
  • Air + ( (Halia + Bawang putih + Lada hitam) yang diketuk)
AIR SUSU ALMOND
1. Blender semuanya dan minum setiap pagi. Bagus untuk membanyakkan air susu ibu.
  • 1 gelas Susu Segar
  • 1 biji Kurma
  • 21 biji Kismis
  • 7 biji Badam 
PATI AIR HALIA
1. Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 liter air sahaja supaya menjadi pati:-
  • 2.5 liter air
  • Halia besar tapak tangan
  • Gula Kabung
  • 2 bj Bunga Cengkih
  • Sehelai daun pandan
2. Tuang sedikit pati dan campurkan dengan air untuk diminum.

AIR KUNYIT (minum selama tiga hari sahaja)
  • Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih
  • Masukkan air asam jawa
  • Masukkan gula secukup rasa
PATI HALIA KURMA
1. Kisar dan didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 3 jam. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.
  • 200gm Halia
  • 20 biji Kurma
  • 750ml Air
AIR MANJAKANI
1.Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15minit. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.
  • 5biji Manjakani
  • 500ml Air
  • 2cm Halia
  • 2cm Kunyit
  • 2kpg Asam keping
AIR PEGAGA
1. Rebus semua bahan menjadi 3 cawan air.
  • 2 ikat Pegaga
  • 5 cwn Air






6 comments:

  1. Terima kasih atas menu berpantang, Saya juga ada syer dalam blog, makaanan yang perlu dielakkan semasa berpantang caeserian.

    ReplyDelete
  2. Sis..akar herbanika ni sehari brapa kali minum ya

    ReplyDelete
  3. Jom join giveaway… hadiah best, bernilai RM750… semua orang boleh join dan menang…sy cari 9 org pemenang yg bertuah..tarikh tutup, 4/12/2014… klik link kat bawah ni kalo berminat..tak payah bayar apa2 pon…

    www.vitaminhouz.com/2014/11/giveaway-best-buat-mama-bayi.html?m=1

    Good luck !!

    ReplyDelete
  4. Perlukan penjagaan Dan rawatan selepas bersalin? Hubungi saya 019 551 0072

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete