Baby dalam perut ni sangat aktif bergerak sepanjang minggu ni, paling aktif sebelah malam, harap baby lahir nanti jangan kuat berjaga malam sudahla... hehe
Kali ni saya nak ceritakan tentang aktiviti berpantang versi saya punya... Setelah mendapatkan maklumat mengenai berpantang secara tradisional dan moden dengan begitu lamanya... khusyuknya dan tawadduknya.. jeng jeng hehe.. berikut saya terangkan serba sedikit mengenai aktiviti berpantang yang menjadi pilihan saya.
Ini baru pilihan tau belum perlaksanaannya.. nanti bila dah sampai ke peringkat perlaksanaan saya akan review balik.. haha kita tengok berapa percent yang menjadi kay...
Selepas keluar dari hospital (Hari 1-3)
- Gosok minyak herbanika NR keseluruh badan, kepala dan pakai stokin & bengkung.
- Tuang minyak herbanika NR atas pad.
- Minum air Akar herbanika NR
- Dilakukan pada hari 1 selepas keluar hospital hingga hari ke 44.
- Dilakukan 2 @ 4 kali sehari.
- Lakukan selepas @ sebelum mandi herba.
- Lakukan selepas @ sebelum mengurut (tanya mak bidan anda)
- 2 minggu pertama mula dengan tuam seluruh badan dan selepas itu baru bule bertungku dengan cara mengcungkil dibahagian perut/peranakkan.
- Dimulakan dengan tuam bahagian peranakan selama 25 minit, kemudian tuam bahagian kemaluan dan duduk bertinggung atas tungku, Baring dan mula tuam bahagian dada, diikuti ulu hati, ketiak kanan & kiri dan tengkuk (buat mcm bantal). Kemudian bahagian betis terus ke peha, punggung, pelipat bawah lutut dan pergelangan kaki, akhir sekali tapak kaki. Tapak kaki anda boleh tuam dengan mengangkat sedikit lutut dan letakkan tungku dibawah tapak kaki hingga batu sejuk. Proses bertungku ini memakan masa selama satu jam.
- Saya juga mengguna sarung tungku herba yang dibeli secara online supaya suami saya tidak perlu lagi bersusah payah mencari daun mengkudu dan membalut tungku.
- Saya bercadang untuk memanaskan tilam contiago (berdiang) sambil bertungku nanti.
- Disyorkan untuk mengambil Phytonatal pada hari ke 4 selepas bersalin hingga habis stok.
- Saya memilih kapsul herba keluaran NonaRoguy iaitu Phytonatal. Ramai blogger yang menggunakan kapsul ini memuji bahawa kapsul ini banyak membantu ibu ibu berpantang dari sembelit.
- Ambil 3 tablet sebelum sarapan pagi ( buleh ditambah hingga 4 tablet mengikut kelawasan membuang air besar)
- Selepas hari ke 30 gantikan dengan Phytox sebanyak 2 tablet sebelum sarapan, sehingga hari ke 44.
- Digalakkan minum bersama air Akar Herbanika NonaRoguy.
- Dilakukan pada hari 1 selepas keluar hospital hingga hingga habis stok mandian herba. Sekurang kurangnya 2 minggu.
- Boleh beli mandian herba segera dipasaran untuk yang tinggal dibandar dan susah nak dapatkan daun daun herba dirumah. Saya sudah membeli 10 paket mandian herba dari kedai herba cina dan 3 bunjut mandian herba secara online.
- Jangan mandi terlalu lama, digalakkan 10 minit sahaja dan selepas pukul 10 pagi (ikut mak saya org kedah: tetapi kat klang selangor orang jawa mandi awal pagi la.. huhu ikut jerla cakap bidan)
- Dilakukan sebelum @ selepas berurut dan bertungku (ikut bidan anda)
- Uncang cuci herbanika Nonaroguy boleh juga dijadikan mandian herba dengan merebus sekali dengan daun inai, daun sirih, pandan, serai wangi, halia tua, halba & garam.
- Ingat! mandian herba hanya untuk badan sahaja, jangan mandikan di rambut sebab rambut akan keguguran, sila guna air biasa untuk rambut.
- Boleh mandi wap selepas hari ke 30 selama 7 hari berturut-turut.
- Digunakan pada hari ke 4 selepas bersalin hingga habis stok.
- Saya menggunakan herbanikalulur NonaRoguy yang perlu dicampur air fluorida dan minyak berubat herba NR selepas lulur kembang baru masukkan sedikit air.
- Dilakukan selepas mandi dan perlu dipakai seharian untuk mengelakkan angin masuk dalam badan.
- Selepas disapu keseluruh anggota badan, gosok pada tempat yang berdaki & biarkan kering kemudian sapu atau buang ketulan yang melekat dibadan. Jangan sental dibahagian perut dan payudara dengan kuat dan berhati hati kerana warna kuningnya akan melekat di baju.
- Saya bercadang untuk menggunakan losyen param keluaran Sari Ayu pada sebelah malam.
- Bermula pada hari ke 4 hingga habis stok.
- Saya menggunakan krim herbanika barut NR. Sapukan dahulu minyak herbanika NR kemudian diikuti dengan krim herbanika barut NR.
- Saya bercadang untuk menggunakan losyen felina, kapur sirih dan perahan limau nipis juga tetapi bergantung kepada keadaan dan kesesuaian perut saya nanti. Perut saya merupakan bahagian yang paling gemuk dan tebal oleh itu saya memang perlu menitik beratkan soal berbarut dan juga berbengkung.
- Dilakukan pada waktu pagi dan malam selepas mandi & lulur.
- Saya bercadang untuk menggunakan krim barut pada sebelah pagi sahaja. Pada sebelah malam saya akan menggunakan bengkung herba yang terdapat dipasaran.
- Saya juga menggunakan kain cotton yang dikitarsemula dari cadar katil lama untuk dijadikan sebagai lapik mengelakkan dari bengkung kotor. Jadi bengkung tidak perlu dibasuh setiap hari.
- Dilakukan sebaik baiknya selepas bersalin, ketika di hospital, boleh memakai bengkung zap dahulu, saya bercadang untuk menggunakan bengkung beautiful dahulu selepas bersalin di hospital. Bengkung tali boleh dipakai dirumah.
- Bengkung tali yang saya pilih sangat unik kerana bengkung ini hanya perlu dibuka separuh sahaja jika ingin pergi ke tandas, berbanding bengkung sebelum ini saya perlu membuka semua tali dan ini menyebabkan saya malas untuk memakai bengkung jika kerap ke tandas.
- Bengkung ini boleh juga digunakan untuk ibu bersalin secara pembedahan tau. Kalau berminat nanti pm saya.
- Saya memilih untuk berbengkung selama 44 hari sepanjang masa kecuali ke tandas dan mandi, dengan penuh ketaatan demi memastikan perut saya kempis dengan jayanya... hehe
- Dimulakan pada hari pertama balik dari hospital.
- Rendamkan uncang cuci herbanika NR ini dengan 1 genggam garam kasar dan gunakan untuk merendam, mencebok, atau bertangas alat sulit ketika berpantang.
- Selepas mencuci alat sulit, bolehla menuangkan sedikit minyak herbanika NR ke atas pad sebelum dipakai. Amalkan setiap kali basuh, lap dan pakai pad yang diletakkan MHN.
- Sepaket uncang cuci yang telah direbus ini boleh digunakan untuk 5-7 hari (sehingga hilang warna)
- Lakukan sebelum mandi, selepas 30 hari bersalin, elok dilakukan tangas kering selama 10 hari berturut-turut.
- Selepas hari ke 40 hingga 100 hari (kalau rajin hehe) bolehla dilakukan tangas basah pula.
- Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan bertangas dan cara cara melakukannya, boleh klik di sini.
- Bahan-bahan yang akan saya gunakan, terdiri daripada
>kunyit hidup ditumbuk,
>1sb jintan hitam,
>1sb halba,
>1sb garam kasar
>1/2 cwn perahan limau nipis
>minyak herba NR
- Kesemua bahan tadi diletakkan di atas batu sungai yang telah dipanaskan dan dilapik dengan daun sirih.
- Jangan lupa!! Tarik nafas dan buat senaman kemutan (menahan air kencing) selama 10 kali sebelum melepaskan nafas. Ulang 3 kali dan rehat 30 saat. Dan ulang kembali senaman kemutan. Lakukan sehingga selama 15-20 minit.
- Dimulakan dari hari pertama balik ke rumah selepas bersalin.
- Lakukan pada awal pagi.
- Sapukan minyak herbanika NR seluruh badan sebelum berdiang.
- Saya gunakan pelapik tilam contiago sebagai alat berdiang saya.
- Memandangkan tilam ini boleh dilaraskan suhu kepanasannya, saya bercadang untuk berdiang beberapa kali dalam sehari dan akan memilih suhu yang lebih panas pada waktu pagi dan sebaliknya.
- Kalau nak tahu lebih lanjut pasal tilam ini klik di sini yer. Tilam ini sangat bagus dipanaskan waktu sedang bertungku juga.
- Saya memilih untuk berurut selepas hari ke 4 bersalin selama 3 hari berturut-turut, selepas mandi dan bertungku.
- Sila pastikan anda mendapatkan senarai bidan mengurut dan meneleponnya sebelum anda bersalin kerana takut mereka sudah penuh dan sibuk nak mengurut orang lain. Oleh itu lebih baik tanya awal-awal.. kalau tak serik wei orang urut dekat spa yang akan urut aku macam anak kedua dulu, tidakkkk!!!
- Berurut boleh dilakukan lagi selepas 30 hari berpantang sebanyak sekali seminggu.
- Kalau suami anda atau tiada orang lain yang boleh mandikan baby seeloknya boleh tanyakan bidan sekali untuk amik pakej urut & mandi baby.
11) Minum Akar Herbanika NR
- Mulai dari hari 1 hingga habis stok, minum menggunakan sudu.
- Rebus 2 peket dalam 1 liter air hingga mendidih dan simpan dalam thermos.
- Minum sebanyak 3-6 cawan sehari. Pastikan setiap kali sebelum makan...minum satu mug dahulu menggunakan sudu.
- Boleh direbus dengan serai 1 (diketuk), 2 inci halia tua (diketuk), 1 SB Halba dan 2 helai daun pandan.
- Setiap peket boleh direbus berulangkali sehingga hilang warna.