Saturday, September 7, 2013

94 hari...

Rindunya nak berblogging... rupanya dah 94 hari daku jadi mama beranak 3.. yes!! Akhirnya impian tercapai. Daku dah ade tiga baby Q sekarang. Saya telah melahirkan Muhammad Qaahir Ariedia pada edd 6/6/2013.. di Hospital Bersalin Razif ..punyala duk ingat nk bersalin awal..rupanya tarikh dijangka jugak qaahir lahir. Jatuh pada israk mikraj pulak tu.
Impian untuk encik asben menemani ku sepanjang sakit bersalin dan sampai melahirkan di labour room juga tercapai. Jujur ingin kuberitahu. Encik suami menjaga daku sepanjang berpantang dari hari pertama seperti yang aku rancang. Semua encik suami buat ...aku hanya mandikan baby.. siapkan baby.. tukar lampin baby.. susukan baby.. makan n minum hahaha.. lain lain semua asben buat sampaila hari ke 37 daku dh mula buat keje rumah.. kebetulan masa tu dah bulan puasa n rasa dah kuat...so juadah berbuka daku siapkan.
Pengalaman paling manis.. mesti la dpt baby yg sgt sgt sgt comel.. tapi yg sampai arini tak percaya.. daku x kene jahit.. huh best berpantang x jahit wei.. macam orang x bersalin jer.. hihi.. sampai hari ini.. qaahir sangat teratur.. cool mcm papa dia. Suara kuat susah nk dengar.. syukur pada Allah atas rahmat yang diberikan sehingga hari ini.. Alhamdulillah. ..
Nanti saya citer kan pengalaman bersalin pulak yer.. nite!!

posted from Bloggeroid

Monday, May 27, 2013

Sunyi

38weeks 5days
Salam kengkawan. ... just nak update keadaan diri ini untuk tatapan ku setahun lagi maybe... hihi. Selalunya anak anak yg lepas lagi seminggu daku bersalin la.. 39w5days iaitu 2 hari sebelum edd. Tapi baby ketiga ni daku agak agak dalam lingkungan tu jugak.
3-4 hari yang lepas keadaan saya agak teruk, sakit perut, sakit pinggang, nak berjalan susah..nak tido pun susah. Waktu tu terpikir nak bersalin awal ker ni? Tapi sekarang saya rasa makin sihat, adakah sebab saya dah start cuti bersalin..haha nampak sangat malas kerja kan. Tapi saya ade tido dengan lapik bantal nipis kat bahagian belakang perut dan dada.. rasa selesa sikit. Kalau tidak sakitnya meracau racau pada sebelah malam. Maknanya bantal tido saya dua biji, kat bawah bantal tido tu ada sebiji bantal nipis lagi. Cubalah pada ibu sarat mengandung yang susah nak tido.
Hari ini anak anak saya dah tinggal dengan nenek (mil) sampai la saya bersalin. Rindu sangat kat diorg. .. tapi x per nanti dah bersalin diorg balik la.
En hubby pulak semangat nak sambut baby baru.. saya teruja sangat! Dia basuhkan playpen qashah, kemas bilik masterbedroom (mcm nak raya tuh) siap singgah kedai baby belikan musical box yg ada mainan boleh pusing pusing untuk letak kat playpen.
Sekarang tengah keliru nak berpantang kat bilik atas atau bawah. Sebab tandas duduk kat atas sahaja.. nanti naik turun tangga kerap sangat lain pulak jadinya..hehe
Apapun... fokus pada bersalin dulu la. Sekarang tengah berfikir nak makan apa lagi yg teringin sebelum berpantang sebab dah janji nak berpantang betul betul kan..
Okayla..cukup dulu setakat arini.. daaaa

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 22, 2013

MEDELA SWING MAXI



+

Penyusuan susu ibu sahaja pada baby saya merupakan matlamat utama dari saya belum mengandung lagi. Tak puas hati menyusukan Qashah selama 1 tahun dengan serba kekurangan ilmu mengenai penyusuan membuatkan saya mendesak suami untuk mengandung lagi.. dan kini saya sudah pun mengandung 38 minggu.
Setelah saya tahu yang saya mengandung, perkara pertama yang saya cari ialah ilmu tentang penyusuan. Perkara pertama yang saya beli adalah breastpump jenama Avent (Manual). Pada perancangan saya, sepanjang berpantang nanti pam manual ini akan membantu  mengumpul stok untuk baby. Saya juga bercadang nak belajar marmet sampai pandai.
Selepas bersalin pula saya juga dah bercadang nak membeli breastpump elektrik kerana ditempat kerja, pump manual atau marmet tidak berapa sesuai kerana mengambil masa yang lama. Lagipun harga pump elektrik mahal dan sebelum bersalin saya perlu menggunakan banyak duit untuk membeli kelengkapan baby yang serba baru maklumlah jarak anak ke 2 dengan ke 3 hampir 7 tahun :)

Saya pernah singgah ke kedai littlewhiz di Setia Alam, Klang untuk melihat sendiri breastpump elektrik yang ada dan pada waktu itu kandungan saya 5 bulan kalau tak silap. Saya diberi penerangan mengenai breastpump Rumble Tuff & Spectra 3. Pada waktu itu, saya benar benar berkenan dengan Spectra 3. Tapi nasib baik saya tak beli waktu tu (x der duit hihi).

Saya jenis yang suka bertanya.. kebetulan doktor kat klinik saya ni memang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, jadi saya pun dengan ramah bertanya mengenai breast pump yang beliau gunakan dan doktor nih dengan senang hati siap demo lagi medela swing yang digunakan. Mendengar pada bunyinya yang sungguh senyap, motor nya yang sungguh ringan..adehla. Spectra 3 terus tak ada dalam list..haha Lepas tu doktor tu siap bagitahu yang Medela Swing ni dah ade set untuk double pumping. Setahu saya Medela Swing ini boleh convert dari single pump kepada double pump tapi selalunya ade masalah dari segi kekuatan mengepump, tapi yang ini bukan modified tau, memang khas untuk double pumping namanya Medela Swing Maxi... hah apa lagi terus la ku mengugelkan diri mencari maklumat tentang Medela Swing Maxi Pump ini.
Tetapi kat Malaysia ni, pump ni masih tak pemes lagi, banyak info pasal Medela Swing (single pump) sahaja.

Harganya pun tak semahal Medela Freestyle dan tak semurah Medela Swing... Gulp!! saya tetap tak mampu. Tetapi entah macamana saya tergugel kat mudah.com.my tentang Medela Swing Maxi yang nk dijual then terjumpa sorang mommy ni nak jual Medela Swing Maxi yang masih baru dengan harga secondhand. Alasannya sebab nk beli Medela Freestyle... haha tanduk sudah naik atas kepala!! Katanya beliau beli kat LittleWhiz ada warranty Lactaquip setahun. Saya telefon LittleWhiz tanya harga pump ni, harganya RM1200 dan saya boleh dapat dekat mudah RM850 baru lagi... haha..

Suamila orang yang pertama terlintas dihati nak minta loan.. kebetulan suami tengah tunggu payment. Kalau tak booking nanti diambil orang maka dengan rasa malu malu harimau ku dibenarkan booking RM20, nanti gaji baru bayar habis. Sebelum aku nk propose kat asben pump nih ku bawa dia survey dekat motherscare Setia Mall harga pump saja RM1499 adeyla. Walaupun plan nk beli lepas bersalin tapi terjumpa peluang macam ni cubala sedaya upaya. Rezeki baby kut hihi...

Tapi kalau nak beli Medela Swing Maxi saya syorkan anda singgah blog ni sebab setakat ni dia menjualnya
dengan harga yang rendah http://shopsiniyou.blogspot.com/

Berikut saya senaraikan perbandingan antara Medela Swing Maxi dengan Medela Freestyle yang saya ambil dari blog beliau:-
Persamaan :
- double pumping and single pumping
- 2 phase expression stimulate mimic to baby sucking
- letrik & battery operated
- less parts easy to assemble & cleaning
- ringan senang dibawa travel

Perbezaan :
- freestyle ada lcd display swing maxi tiada
- bateri freestyle rechargeable swing maxi pakai bateri biasa saiz aaa nak senang beli rechargable bateri size aaa

swing maxi lg best sbb :
- suction swing maxi sgt2 best dan seswai dgn semua org
- bunyi motor swing maxi lagi senyap
- pakai bateri aaa lg senang..x perlu risau bateri rosak

Monday, May 20, 2013

DAH DEKAT!!


37weeks 5days 21/5/2013

Nampak tak muka terkejut baby tu? Saya lagi terkejut hihi rasa macam baru minggu lepas cek UPT positif. Cepat betul masa berlalu kan...
Setakat arini ada simptom simptom yang berlaku yang tak boleh saya lupakan antaranya... BUASIR!! selalu buasir kat bahagian luar tapi kali ni kat bahagian dalam. Nak tidur pun tak senang rasa sakit sangat kat situ. Nak duduk pun tak selesa.. kalau boleh nak berdiri jer.. Bila berdiri pulak kat miss v rasa macam ade benda tekan pulak.. uish uish macam macam kan.. Ubat dah amik, doktor bagi ubat sumbat bontot dengan lembutkan najis, tapi setiap kali lepas membuang seksa rasanya. Takper, pengorbanan seorang ibu.. Saya fikir positif jer.. mungkin nak bersalin nanti Allah permudahkan... Aminnnn

Dalam macam macam dugaan sakit tu, saya bersyukur sebab baby mama tetap aktif menjalankan tanggungjawabnya menendang mama.. hihi. Kene cepat cepat siapkan semua persediaan bersalin n berpantang. Nampaknya manual penjagaan selepas bersalin untuk suami pun dah 90% siap.. nanti nak email dengan penuh kasih sayang pada asben..harap dia akan jaga saya dengan baik :)

Hari ini ramai yang tegur perut saya dah makin turun.. saya pun makin sakit kat bawah, ada yang teka malam nanti bersalin, ada yang kata lagi dua tiga hari.. yang pastinya saya dah ready nak jumpa baby.

Semua keperluan dah ready.. cuma yang saya rasa belum cukup ready, rumah belum kemas betul betul lagi sebab banyak habuk, ingat nak kemas rumah minggu depan sebab saya amik cuti bersalin awal seminggu iaitu pada 27/5/2013 hingga 224/8/2013 cuti 90 hari. Tapi kalau baby keluar awal papa jerla kene kemas rumah sorang sorang :)

Wednesday, April 24, 2013

PERSIAPAN KE HOSPITAL BERSALIN

Salam sejahtera...

Hari ini saya nak senaraikan barang-barang yang akan saya bawa ke hospital bersalin nanti.

MAMA

  1. Buku Pink & Kad Pengenalan
  2. Telefon dan Cajer
  3. Baju Balik (Nursing Blouse) 1
  4. Sweater 1
  5. Nursing Bra 2
  6. Kain Batik 1
  7. Stokin Tebal 2
  8. Disposable Pad 10"s
  9. Disposable Panties 5
  10. Tudung w/o awning 1
  11. Tuala Mandi 1
  12. Berus & ubat gigi, Sikat
  13. Selipar
  14. Breast pad
  15. Bengkung Beautiful/moden
BABY
  1. Receiving Blanket 1
  2. Barut 2
  3. Pampers 5
  4. Baju baby 3 pasang
  5. Topi 2
  6. Sarung tangan & kaki 3
  7. Tuala
  8. Baby Wipes
PAPA
  1. Kamera @ Video
  2. Telefon & Cajer
  3. Kopiah
  4. Tshirt
  5. Toiletries
BAKUL
  1. Thermos
  2. Plastik Sampah
  3. Biskut
  4. Milo & Gula
  5. Air Zam Zam
  6. Sudu & Cawan
  7. Akar Herbanika NR
  8. VCO Tanamera 
  9. Minyak Herbanika & Mustajab NR
  10. Minyak Telon
LAIN-LAIN
  1. Senarai org yg akan dihubungi selepas melahirkan
  2. Panduan zikir semasa sakit bersalin (laminated)
  3. Untuk talian pra bayar pastikan ditambah nilai yer :)
Sekian dulu setakat yang saya bule ingat :)

Tuesday, April 23, 2013

DAH DEKAT DAH...

33 weeks 6 days

Salam sejahtera... Esok dah 34 weeks, dah tak lama dah .... huhu takut nak bersalin sebenarnya. Lagi 3 @ 5 minggu dah nak bersalin dah.
Baby dalam perut saya ni bergerak sangat aktif hinggakan sampai satu tahap saya minta tolong asben usap usap dan minta tolong baby slow down. Saya juga perasan baby dah pandai bezakan antara siang dan malam, kalau dulu siang dia diam jer jarang bergerak, tapi sekarang dia dah makin aktif sebelah siang dan malam dia akan kurang aktif. Harap harap sampai la baby keluar nanti pun macam tu yer ...
Dah dua ari saya mengalami kesukaran untuk berjalan... bila berjalan, rasa mcm kepala baby menguit kat miss v. Kadang terpikir "uish aku ni nak bersalin awal ker?" :)

Bila dah dekat nak bersalin ada beberapa perkara yang perlu disiapkan:-

1) Siapkan keperluan untuk ke hospital dan simpan dalam kereta
>>> Barang mama & newborn belum packing 100% hehe.

2) Hospital bersalin pilihan
>>> Saya dan suami sepakat nak bersalin di Hospital Bersalin Razif, Klang. Itupun kalau tiada apa-apa komplikasi. Jika di rujuk oleh doktor kerana masalah lain kami memilih Hospital Sungai Buloh. Bagi saya yang dah nak bersalin kali ke 3 ni.. kalau ade masalah lebih baik pergi hospital kerajaan. Saya dah dua kali bersalin di hospital kerajaan dan tiada masalah. Cuma kali ni teringin sangat nak suami berada disisi waktu sakit nak bersalin dan ingin kan keselesaan, sebab tu saya memilih Hospital Bersalin Razif, Klang (HBR).
Saya sudah membuat pemeriksaan di HBR semasa kandungan 32 minggu. Seeloknya kita melakukan pemeriksaan 2@3 kali sebelum bersalin menurut info dari kawan yang sudah 3 kali bersalin di HBR.
Selepas pemeriksaan tu, saya ada buat lawatan ke ward HBR dan suasananya selesa, doktor yg memeriksa saya pada waktu itu Dr, Junaidah, lembut orangnya. Harapan saya agar kali ni saya dapat bersalin kat HBR dengan selamat dan tiada sebarang masalah... In Shaa Allah....

3) Semua keperluan newborn perlu dibasuh
>>> Alhamdulillah..semua dah basuh dan saya rasa semua barang baby dah cukup untuk sepanjang berpantang. Nanti lepas pantang leh la keluar beli lagi kalau ada yang tak cukup hihi.

4) Pastikan anda booking tukang urut/bidan pilihan anda. 
>>> Saya dah telefon bidan dan bagitau bila jangka bersalin, dia pun dah noted.. saya siap minta tolong dia datang untuk mandikan baby sahaja, in case suami saya tiba tiba tak berani nak mandikan baby pada hari pertama. Sebab saya bercadang nak urut hari ke 4-6 selepas bersalin.

Rasanya setakat ni dulu apa yang saya boleh fikirkan :)


Wednesday, April 3, 2013

MENU & RESEPI BERPANTANG

30 weeks 6 days 3.4.13

Salam semua... esok dah 31 minggu. Nak story la sikit pasal check up kat klinik kesihatan. Kandungan dah nak masuk 31 minggu ni, baru nak citer pasal gi checkup hehe. Saya check up kat klinik kesihatan saya kerja jer.. tapi tetap kene marah sebab hemoglobin saya turun dengan teruknya iaitu 8.9 muahaahaha..... memangla saya ni thalassemia trait tapi sebab saya langsung tak amik obimin yang doktor suruh kan, memangla merundum turun hb saya.Saya ni pelupa bab amik vitamin ni... lagipun kalau amik obimin saya sembelit tu yang tak suka tu :(
Lepas tu kiraan gerak anak pulak saya tanda dengan baik tapi tak catat kiraan yg ke 10 tu pada pukul berapa? kena jugak marah dengan doktor. Ingat kalau keje kat klinik tak kene marah? hmm doktor n nurse marah sebab sayang kat mama & baby tau. Oleh sebab itu saya dengan ini mengistiharkan yang saya sudah insaf dan rasa sangat bersalah kerana saya tahu tindakan saya sangat berbahaya untuk saya dan baby.
Oleh kerana keinsafan yang mendalam, saya pun mengambil semula obimin dan kalsium setiap malam sebelum tidur, kenapa saya amik malam? sebab saya akan terus tido dan tak ambil apa apa makanan  atau minuman yang berkafien yang bule menyebabkan obimin tidak dapat diserap dengan baik. Siapa yang ajar? haha diri sendiri punya idea, lagi 2 minggu check up kita tengok keputusan Hb saya okay ke tidak...

Entry kali ini saya nak ceritakan menu & resepi berpantang yang menjadi pilihan saya. Harap suami saya dapat masakkan n sediakan untuk saya hihi...

TIPS berpantang:-
1. Minum teh herbanika satu mug dengan mengguna sudu setiap kali sebelum makan; cara ini dapat mengenyangkan ibu dan membantu ibu berpantang menguruskan badan ketika berpantang.

2. Manjakani dan kacip fatimah hanya boleh di ambil selepas bersalin 30 hari kerana jika diambil terlalu awal, peranakkan akan kecut dan darah-darah kotor tak sempat habis keluar dan ini akan menyebabkan darah kotor terkumpul dan menjadi busuk...

3. Seminggu pertama digalakkan makan makanan yg kering dan hadkan pengambilan air. Minggu ke 2 berpantang bolehlah menyediakan sayur atau lauk yang berkuah dan meningkatkan jumlah pengambilan air.

4. Untuk senarai makanan yang boleh dan dilarang makan ketika berpantang anda boleh merujuk dengan encik google sebab dah banyak sekarang di internet Antaranya:- .Makanan yang boleh dan tidak boleh ketika berpantang.
*****

Berikut adalah menu yang saya rancang untuk berpantang kali ini,
Sarapan pagi 
Air akar herbanika NR dan 3 bj phytonatal (hari 4-30)
+ Cornflakes + yogurt  ATAU Roti wholemeal bakar
+ Milo kosong ATAU Susu badam madu

Makan tengahari
Nasi panas
+ Air akar herbanika NR
+Menu & resepi lauk seperti di bawah

Minum petang & Supper
Roti krim ATAU biskut jacobs
+ Milo kosong
+ Air akar herbanika NR
*****
(A) RESEPI MAKANAN IBU BERPANTANG

Kalau suka makan ikan bilis goreng jangan lupa beli banyak-banyak dan buat stok untuk berpantang :)
RESEPI BERTEMAKAN IKAN BILIS 
  • ikan bilis + cili merah ditumbuk dan digaul dengan nasi panas
  • ikan bilis + halia (dipotong halus) + lada hitam (ditumbuk) + kunyit (dipotong halus) disangai atas kuali sampai kering 
ACAR 

KERABU PEGAGA
1. Tumbuk (ikan bilis + lada hitam + cili merah) + bawang merah (dihiris) + garam + pegaga (dihiris) gaul kan kesemuanya (jika suka tambah sedikit kerisik)

SOS LADA HITAM
Sos ini untuk digaul dengan nasi panas atau ditabur diatas ikan goreng/kukus.
Blender kering :-
  • lada hitam + kunyit hidup + garam + bawang putih + sedikit cuka
IKAN TENGGIRI MASAK HALIA
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 6 ulas bawang putih dihiris
  • seketul kunyit dihiris memanjang
  • seketul halia dihiris memanjang
2. Masukkan sedikit air hingga mendidih dan masukkan 2 ketul ikan tenggiri.
(Boleh digantikan dengan ikan lain yang boleh diambil ketika berpantang)

SAWI TUMIS AIR
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • Kiub ikan bilis @ ikan bilis 
  • 3 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah ditumbuk
2. Masukkan sedikit air hingga mendidih dan masukkan sawi yang telah dipotong.
(Boleh menggantikan sawi dengan lobak putih atau sayur sayur lain yang boleh diambil ketika berpantang)

KUCAI GORENG KICAP
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • Kiub ikan bilis @ ikan bilis 
  • 3 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah ditumbuk
2. Masukkan kucai dan kicap. (Boleh digantikan dengan sayur lain yang boleh diambil ketika berpantang)

KARI IKAN HARUAN
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • 1 tangkai daun kari
  • Bawang besar
  • 4 camca serbuk kari ikan (digaul dengan sedikit air dulu)
2. Sampai keluar minyak masukkan 
  • Air asam semangkuk 
  • Ikan haruan

B) RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG

AIR HALIA utk 3 hari pertama berpantang. Jangan minum banyak.
  • Air + ( (Halia + Bawang putih + Lada hitam) yang diketuk)
AIR SUSU ALMOND
1. Blender semuanya dan minum setiap pagi. Bagus untuk membanyakkan air susu ibu.
  • 1 gelas Susu Segar
  • 1 biji Kurma
  • 21 biji Kismis
  • 7 biji Badam 
PATI AIR HALIA
1. Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 liter air sahaja supaya menjadi pati:-
  • 2.5 liter air
  • Halia besar tapak tangan
  • Gula Kabung
  • 2 bj Bunga Cengkih
  • Sehelai daun pandan
2. Tuang sedikit pati dan campurkan dengan air untuk diminum.

AIR KUNYIT (minum selama tiga hari sahaja)
  • Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih
  • Masukkan air asam jawa
  • Masukkan gula secukup rasa
PATI HALIA KURMA
1. Kisar dan didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 3 jam. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.
  • 200gm Halia
  • 20 biji Kurma
  • 750ml Air
AIR MANJAKANI
1.Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15minit. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.
  • 5biji Manjakani
  • 500ml Air
  • 2cm Halia
  • 2cm Kunyit
  • 2kpg Asam keping
AIR PEGAGA
1. Rebus semua bahan menjadi 3 cawan air.
  • 2 ikat Pegaga
  • 5 cwn Air