pregnant

Wednesday, April 3, 2013

MENU & RESEPI BERPANTANG

30 weeks 6 days 3.4.13

Salam semua... esok dah 31 minggu. Nak story la sikit pasal check up kat klinik kesihatan. Kandungan dah nak masuk 31 minggu ni, baru nak citer pasal gi checkup hehe. Saya check up kat klinik kesihatan saya kerja jer.. tapi tetap kene marah sebab hemoglobin saya turun dengan teruknya iaitu 8.9 muahaahaha..... memangla saya ni thalassemia trait tapi sebab saya langsung tak amik obimin yang doktor suruh kan, memangla merundum turun hb saya.Saya ni pelupa bab amik vitamin ni... lagipun kalau amik obimin saya sembelit tu yang tak suka tu :(
Lepas tu kiraan gerak anak pulak saya tanda dengan baik tapi tak catat kiraan yg ke 10 tu pada pukul berapa? kena jugak marah dengan doktor. Ingat kalau keje kat klinik tak kene marah? hmm doktor n nurse marah sebab sayang kat mama & baby tau. Oleh sebab itu saya dengan ini mengistiharkan yang saya sudah insaf dan rasa sangat bersalah kerana saya tahu tindakan saya sangat berbahaya untuk saya dan baby.
Oleh kerana keinsafan yang mendalam, saya pun mengambil semula obimin dan kalsium setiap malam sebelum tidur, kenapa saya amik malam? sebab saya akan terus tido dan tak ambil apa apa makanan  atau minuman yang berkafien yang bule menyebabkan obimin tidak dapat diserap dengan baik. Siapa yang ajar? haha diri sendiri punya idea, lagi 2 minggu check up kita tengok keputusan Hb saya okay ke tidak...

Entry kali ini saya nak ceritakan menu & resepi berpantang yang menjadi pilihan saya. Harap suami saya dapat masakkan n sediakan untuk saya hihi...

TIPS berpantang:-
1. Minum teh herbanika satu mug dengan mengguna sudu setiap kali sebelum makan; cara ini dapat mengenyangkan ibu dan membantu ibu berpantang menguruskan badan ketika berpantang.

2. Manjakani dan kacip fatimah hanya boleh di ambil selepas bersalin 30 hari kerana jika diambil terlalu awal, peranakkan akan kecut dan darah-darah kotor tak sempat habis keluar dan ini akan menyebabkan darah kotor terkumpul dan menjadi busuk...

3. Seminggu pertama digalakkan makan makanan yg kering dan hadkan pengambilan air. Minggu ke 2 berpantang bolehlah menyediakan sayur atau lauk yang berkuah dan meningkatkan jumlah pengambilan air.

4. Untuk senarai makanan yang boleh dan dilarang makan ketika berpantang anda boleh merujuk dengan encik google sebab dah banyak sekarang di internet Antaranya:- .Makanan yang boleh dan tidak boleh ketika berpantang.
*****

Berikut adalah menu yang saya rancang untuk berpantang kali ini,
Sarapan pagi 
Air akar herbanika NR dan 3 bj phytonatal (hari 4-30)
+ Cornflakes + yogurt  ATAU Roti wholemeal bakar
+ Milo kosong ATAU Susu badam madu

Makan tengahari
Nasi panas
+ Air akar herbanika NR
+Menu & resepi lauk seperti di bawah

Minum petang & Supper
Roti krim ATAU biskut jacobs
+ Milo kosong
+ Air akar herbanika NR
*****
(A) RESEPI MAKANAN IBU BERPANTANG

Kalau suka makan ikan bilis goreng jangan lupa beli banyak-banyak dan buat stok untuk berpantang :)
RESEPI BERTEMAKAN IKAN BILIS 
  • ikan bilis + cili merah ditumbuk dan digaul dengan nasi panas
  • ikan bilis + halia (dipotong halus) + lada hitam (ditumbuk) + kunyit (dipotong halus) disangai atas kuali sampai kering 
ACAR 

KERABU PEGAGA
1. Tumbuk (ikan bilis + lada hitam + cili merah) + bawang merah (dihiris) + garam + pegaga (dihiris) gaul kan kesemuanya (jika suka tambah sedikit kerisik)

SOS LADA HITAM
Sos ini untuk digaul dengan nasi panas atau ditabur diatas ikan goreng/kukus.
Blender kering :-
  • lada hitam + kunyit hidup + garam + bawang putih + sedikit cuka
IKAN TENGGIRI MASAK HALIA
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 6 ulas bawang putih dihiris
  • seketul kunyit dihiris memanjang
  • seketul halia dihiris memanjang
2. Masukkan sedikit air hingga mendidih dan masukkan 2 ketul ikan tenggiri.
(Boleh digantikan dengan ikan lain yang boleh diambil ketika berpantang)

SAWI TUMIS AIR
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • Kiub ikan bilis @ ikan bilis 
  • 3 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah ditumbuk
2. Masukkan sedikit air hingga mendidih dan masukkan sawi yang telah dipotong.
(Boleh menggantikan sawi dengan lobak putih atau sayur sayur lain yang boleh diambil ketika berpantang)

KUCAI GORENG KICAP
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • Kiub ikan bilis @ ikan bilis 
  • 3 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah ditumbuk
2. Masukkan kucai dan kicap. (Boleh digantikan dengan sayur lain yang boleh diambil ketika berpantang)

KARI IKAN HARUAN
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • 1 tangkai daun kari
  • Bawang besar
  • 4 camca serbuk kari ikan (digaul dengan sedikit air dulu)
2. Sampai keluar minyak masukkan 
  • Air asam semangkuk 
  • Ikan haruan

B) RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG

AIR HALIA utk 3 hari pertama berpantang. Jangan minum banyak.
  • Air + ( (Halia + Bawang putih + Lada hitam) yang diketuk)
AIR SUSU ALMOND
1. Blender semuanya dan minum setiap pagi. Bagus untuk membanyakkan air susu ibu.
  • 1 gelas Susu Segar
  • 1 biji Kurma
  • 21 biji Kismis
  • 7 biji Badam 
PATI AIR HALIA
1. Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 liter air sahaja supaya menjadi pati:-
  • 2.5 liter air
  • Halia besar tapak tangan
  • Gula Kabung
  • 2 bj Bunga Cengkih
  • Sehelai daun pandan
2. Tuang sedikit pati dan campurkan dengan air untuk diminum.

AIR KUNYIT (minum selama tiga hari sahaja)
  • Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih
  • Masukkan air asam jawa
  • Masukkan gula secukup rasa
PATI HALIA KURMA
1. Kisar dan didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 3 jam. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.
  • 200gm Halia
  • 20 biji Kurma
  • 750ml Air
AIR MANJAKANI
1.Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15minit. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.
  • 5biji Manjakani
  • 500ml Air
  • 2cm Halia
  • 2cm Kunyit
  • 2kpg Asam keping
AIR PEGAGA
1. Rebus semua bahan menjadi 3 cawan air.
  • 2 ikat Pegaga
  • 5 cwn Air






Hospital Sungai Buloh

30 weeks 2days 30.3.13
Hari ini kami sekeluarga pergi ke Hospital Sungai Buloh buat pertama kalinya untuk melawat jiran kami yang berada di wad ICU akibat kemalangan motorsikal. Nama jiran tu sama dengan nama asben saya. Umur pun dalam lingkungan yang sama la beza dalam 3-4 tahun jer kut.
Sedih dan sebak melihat jiran kami yang memang tak sedarkan diri sejak kemalangan tu. Sedih lagi bila aku lihat isterinya yang memang setiap kali bercerita ada genangan air mata. Masa kat wad icu tu aku cuma cakap kat asben... kalau perkara ni terjadi pada aku.. entah macamana aku nk menghadapinya.
Aku berdoa agar jiran aku kembali sembuh seperti sedia kala.. sekurang kurang nya lawatan kami kesana banyak memberi kesedaran pada kami.

Memandangkan dah sampai kesana aku dan asben pun jenguk jenguk la wad bersalin HSB sebab hospital ini antara yg berada dalam senarai aku untuk bersalin kali ni. Secara amnya hospital ni memang cantik sebab hospital baru kan. Dari rumah nak ke HSB pun tak jauh dalam 30 minit dah sampai.
Tapi keinginan untuk suami menemani saya di wad sangat tinggi kali ni oleh itu bersalin diswasta akan menjadi keutamaan untuk mencapai hasrat itu.
Tapi di sebab kan buku pink saya pun stiker kuning (byk komplikasi) sebaiknya bersalin kat hospital kerajaan. In shaa Allah. .. sampai masanya nanti kita tengokla..bersalin kat mana yer... hihi.
Okay sekian dulu coretan utk hari ini... ♥♥♥


posted from Bloggeroid

Monday, April 1, 2013

JADUAL BERPANTANG SAYA

30weeks 5days 2.4.13

Salam hari Selasa... Bulan lepas banyak sangat MC dan EL... dengan keadaan saya yang tak sihat, kemudian anak lelaki saya Muhd Qashah demam sampai dimasukkan ke hospital. Memang rasa tak best nak bekerja bila banyak sangat cuti, sebab kat tempat kerja tu ramai sangat yang "memahami".
Maklumlah diorang ni belum kawin dan belum ada anak..itu yang "memahami" sangat tu sampai incaj pun jadi tertekan sebab serba salah. Takperla... kalau ada jodoh korang dan ada rezeki diberikan anak.. korang rasa la balik nanti.In Shaa Allah.....

Wah..dah 30 minggu mengandung.. ramai yang kata kalau masuk 30 nih masa akan lebih cepat berlalu. Kita tunggu dan lihat jer yer. Baby dalam perut ni pun aktif sangat, macam mesra dengan alam diluar pun yer. Kadang rasa perut ni makin sempit, makin tak muat untuk baby, nak tido pun makin susah nak mengiring ke kiri atau ke kanan. Itulah pengorbanan seorang ibu.. bila baby bergerak menendang dalam perut ni, rasa best sangat!..

Okayla.. akhirnya saya berjaya siapkan jadual berpantang saya. Jadual ini khas untuk berpantang menggunakan produk NonaRoguy dan untuk ibu yang plan nak menyusukan anak dengan susu ibu. Ini adalah perancangan sahaja..pelaksanaan kene tunggu saya bersalin nanti yer.. saya akan update berapa percent yang saya ikut. Saya berdoa agar saya dapat ikut jadual ini sepenuhnya. :)


JADUAL 3 HARI PERTAMA
Seawal mungkin bangun untuk berdiang dengan tilam contiago, pastikan baby tidak diletakkan atas tilam tersebut. Sapu keseluruhan badan dengan minyak herbanika NR sebelum berdiang. Lakukan selama 2 jam.
6 pagi >>> Pump susu ***** untuk bekalan baby time bertungku dan mandi nanti. Suap guna sudu @ cawan sahaja
7 pagi >>> Minum pagi (Akar herbanika minum dulu dengan sudu)
715 pagi >>> Bertungku & Berdiang (2 minggu pertama jgn cungkil hanya tuam)
815 pagi >>> Mandi Herba
830 pagi >>> Barut (sapu minyak HN shj) + Bengkung
Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
12 tghari >>> Makan tengahari (Akar herbanika minum dulu dengan sudu)
Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
4 ptg >>> Minum petang (Akar herbanika minum dulu dengan sudu)
410 ptg >>> Bertungku & Berdiang (2 minggu pertama jgn cungkil hanya tuam)
5 ptg >>> Mandi Herba
515 ptg >>> Barut (sapu minyak HN shj) + Bengkung
6 ptg >>> Dinner (Akar herbanika minum dulu dengan sudu, menu nasi untuk 2 minggu sahaja)
Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
Supper
9 mlm >>> Tidur (Berdiang selama 2 jam sebelum baby bangun utk menyusu)


JADUAL HARI 4 & SETERUSNYA (sehingga habis pantang @ Sehingga habis produk)
Seawal mungkin bangun untuk berdiang dengan tilam contiago, pastikan baby tidak diletakkan atas tilam tersebut. Sapu keseluruhan badan dengan minyak herbanika NR sebelum berdiang. Lakukan selama 2 jam.
6 pagi >>> Pump susu ***** untuk bekalan baby time bertungku, berurut dan mandi nanti. Selepas susu matang keluar bule perah untuk simpanan.
7 pagi >>> Bertungku & Berdiang  (2 minggu pertama jgn cungkil hanya tuam)
8 pagi >>> Mandi Herba
815 pagi >>> Urut (3 hari sahaja)
915 pagi >>> Lulur (HN Lulur)
10 pagi >>> Barut (sapu HN, HNB & felina) + Bengkung
1015 pagi >>> Minum pagi *****(jgn lupa amik phytonatal sebelum sarapan)
1030 pagi >>> Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
12 tghari >>> Makan tengahari (Akar herbanika minum dulu dengan sudu)
1230 >>> Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
4 ptg >>> Minum petang (Akar herbanika minum dulu dengan sudu)
410 ptg >>> Bertungku & Berdiang
5 ptg >>> Mandi Herba

515 ptg >>> Lulur (Param Sari Ayu)
530 ptg >>> Barut (sapu HN, Felina & barut herba) + Bengkung

6 ptg >>> Dinner ( (Akar herbanika minum dulu dengan sudu, menu nasi untuk 2 minggu sahaja selepas itu hanya biskut/roti dan air panas)
Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
Supper
9 mlm >>> Tidur (Berdiang selama 2 jam sebelum baby bangun utk menyusu)

TIPS LAIN:
Perah susu kolostrum hanya sebelah pagi sahaja, Setelah susu matang keluar barulah bule mengepam dengan kerap untuk kosongkan payudara supaya penghasilan susu meningkat. Susu yang telah diperah boleh disimpan untuk bekalan baby ketika ibu bekerja nanti. Pastikan menyusu setiap 2 jam pada sebelah siang dan setiap 3 jam pada sebelah malam. Seelok eloknya jangan biarkan baby menangis baru kita susukan untuk elakkan baby terbiasa menangis jika perlukan sesuatu.

Selepas hari ke 30 boleh melakukan tangas kering sebelum mandi selama 10 hari berturut turut.
Selepas hari ke 30 boleh memanggil bidan untuk mengurut setiap seminggu sekali jika mampu :)