pregnant

Monday, May 20, 2013

DAH DEKAT!!


37weeks 5days 21/5/2013

Nampak tak muka terkejut baby tu? Saya lagi terkejut hihi rasa macam baru minggu lepas cek UPT positif. Cepat betul masa berlalu kan...
Setakat arini ada simptom simptom yang berlaku yang tak boleh saya lupakan antaranya... BUASIR!! selalu buasir kat bahagian luar tapi kali ni kat bahagian dalam. Nak tidur pun tak senang rasa sakit sangat kat situ. Nak duduk pun tak selesa.. kalau boleh nak berdiri jer.. Bila berdiri pulak kat miss v rasa macam ade benda tekan pulak.. uish uish macam macam kan.. Ubat dah amik, doktor bagi ubat sumbat bontot dengan lembutkan najis, tapi setiap kali lepas membuang seksa rasanya. Takper, pengorbanan seorang ibu.. Saya fikir positif jer.. mungkin nak bersalin nanti Allah permudahkan... Aminnnn

Dalam macam macam dugaan sakit tu, saya bersyukur sebab baby mama tetap aktif menjalankan tanggungjawabnya menendang mama.. hihi. Kene cepat cepat siapkan semua persediaan bersalin n berpantang. Nampaknya manual penjagaan selepas bersalin untuk suami pun dah 90% siap.. nanti nak email dengan penuh kasih sayang pada asben..harap dia akan jaga saya dengan baik :)

Hari ini ramai yang tegur perut saya dah makin turun.. saya pun makin sakit kat bawah, ada yang teka malam nanti bersalin, ada yang kata lagi dua tiga hari.. yang pastinya saya dah ready nak jumpa baby.

Semua keperluan dah ready.. cuma yang saya rasa belum cukup ready, rumah belum kemas betul betul lagi sebab banyak habuk, ingat nak kemas rumah minggu depan sebab saya amik cuti bersalin awal seminggu iaitu pada 27/5/2013 hingga 224/8/2013 cuti 90 hari. Tapi kalau baby keluar awal papa jerla kene kemas rumah sorang sorang :)

3 comments:

  1. bestnya cuti 90 hari...jelesss...waaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayuuu... saya bakal lahir anak ke 3 tp ini anak pertama kerja kerajaan...merasa la cuti 90hari.. ade 210 hari lagi...tp mcm dh cukup 3 hihi

      Delete
  2. Slots | Sands Casino Resort Atlantic City
    The sands casino hotel is your casino hotel. Located on the 카지노 southern edge of 1xbet korean Atlantic City's Boardwalk. It's on septcasino the edge of a busy Atlantic City

    ReplyDelete