pregnant

Wednesday, May 22, 2013

MEDELA SWING MAXI



+

Penyusuan susu ibu sahaja pada baby saya merupakan matlamat utama dari saya belum mengandung lagi. Tak puas hati menyusukan Qashah selama 1 tahun dengan serba kekurangan ilmu mengenai penyusuan membuatkan saya mendesak suami untuk mengandung lagi.. dan kini saya sudah pun mengandung 38 minggu.
Setelah saya tahu yang saya mengandung, perkara pertama yang saya cari ialah ilmu tentang penyusuan. Perkara pertama yang saya beli adalah breastpump jenama Avent (Manual). Pada perancangan saya, sepanjang berpantang nanti pam manual ini akan membantu  mengumpul stok untuk baby. Saya juga bercadang nak belajar marmet sampai pandai.
Selepas bersalin pula saya juga dah bercadang nak membeli breastpump elektrik kerana ditempat kerja, pump manual atau marmet tidak berapa sesuai kerana mengambil masa yang lama. Lagipun harga pump elektrik mahal dan sebelum bersalin saya perlu menggunakan banyak duit untuk membeli kelengkapan baby yang serba baru maklumlah jarak anak ke 2 dengan ke 3 hampir 7 tahun :)

Saya pernah singgah ke kedai littlewhiz di Setia Alam, Klang untuk melihat sendiri breastpump elektrik yang ada dan pada waktu itu kandungan saya 5 bulan kalau tak silap. Saya diberi penerangan mengenai breastpump Rumble Tuff & Spectra 3. Pada waktu itu, saya benar benar berkenan dengan Spectra 3. Tapi nasib baik saya tak beli waktu tu (x der duit hihi).

Saya jenis yang suka bertanya.. kebetulan doktor kat klinik saya ni memang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, jadi saya pun dengan ramah bertanya mengenai breast pump yang beliau gunakan dan doktor nih dengan senang hati siap demo lagi medela swing yang digunakan. Mendengar pada bunyinya yang sungguh senyap, motor nya yang sungguh ringan..adehla. Spectra 3 terus tak ada dalam list..haha Lepas tu doktor tu siap bagitahu yang Medela Swing ni dah ade set untuk double pumping. Setahu saya Medela Swing ini boleh convert dari single pump kepada double pump tapi selalunya ade masalah dari segi kekuatan mengepump, tapi yang ini bukan modified tau, memang khas untuk double pumping namanya Medela Swing Maxi... hah apa lagi terus la ku mengugelkan diri mencari maklumat tentang Medela Swing Maxi Pump ini.
Tetapi kat Malaysia ni, pump ni masih tak pemes lagi, banyak info pasal Medela Swing (single pump) sahaja.

Harganya pun tak semahal Medela Freestyle dan tak semurah Medela Swing... Gulp!! saya tetap tak mampu. Tetapi entah macamana saya tergugel kat mudah.com.my tentang Medela Swing Maxi yang nk dijual then terjumpa sorang mommy ni nak jual Medela Swing Maxi yang masih baru dengan harga secondhand. Alasannya sebab nk beli Medela Freestyle... haha tanduk sudah naik atas kepala!! Katanya beliau beli kat LittleWhiz ada warranty Lactaquip setahun. Saya telefon LittleWhiz tanya harga pump ni, harganya RM1200 dan saya boleh dapat dekat mudah RM850 baru lagi... haha..

Suamila orang yang pertama terlintas dihati nak minta loan.. kebetulan suami tengah tunggu payment. Kalau tak booking nanti diambil orang maka dengan rasa malu malu harimau ku dibenarkan booking RM20, nanti gaji baru bayar habis. Sebelum aku nk propose kat asben pump nih ku bawa dia survey dekat motherscare Setia Mall harga pump saja RM1499 adeyla. Walaupun plan nk beli lepas bersalin tapi terjumpa peluang macam ni cubala sedaya upaya. Rezeki baby kut hihi...

Tapi kalau nak beli Medela Swing Maxi saya syorkan anda singgah blog ni sebab setakat ni dia menjualnya
dengan harga yang rendah http://shopsiniyou.blogspot.com/

Berikut saya senaraikan perbandingan antara Medela Swing Maxi dengan Medela Freestyle yang saya ambil dari blog beliau:-
Persamaan :
- double pumping and single pumping
- 2 phase expression stimulate mimic to baby sucking
- letrik & battery operated
- less parts easy to assemble & cleaning
- ringan senang dibawa travel

Perbezaan :
- freestyle ada lcd display swing maxi tiada
- bateri freestyle rechargeable swing maxi pakai bateri biasa saiz aaa nak senang beli rechargable bateri size aaa

swing maxi lg best sbb :
- suction swing maxi sgt2 best dan seswai dgn semua org
- bunyi motor swing maxi lagi senyap
- pakai bateri aaa lg senang..x perlu risau bateri rosak

17 comments:

  1. oh...baru tau ada medela jenis ni..
    ayu pakai gak yg spectra 3 tu..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai ayu. ... saya pun baru tahu pasal medela swing maxi tu...thanks pd doc yg suggest kat saya. Spectra 3 pun byk review yg bagus. Kebetulan rezeki baby nk beli medela..
      Thanks sebab komen rs ceria pulak :-)

      Delete
  2. saya pengguna tegar spectra 3..hehe..kalau ada bajet lebih better amik swing la..spectra 3 agak berat dan bulky..huhu.
    pandai nadia menulis ye..suka sgt2..muah muah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama shareef... awakla yg suggest pd saya spectra 3 tu.. tanpa awak entah apa pump la yg saya akan beli. Awak byk bantu saya.
      Thanks tau.. muah muah jugak.. :-D

      Delete
    2. Mama shareef... awakla yg suggest pd saya spectra 3 tu.. tanpa awak entah apa pump la yg saya akan beli. Awak byk bantu saya.
      Thanks tau.. muah muah jugak.. :-D

      Delete
  3. best review sbb sy pon tengah sevey mengenai swing maxi. tqsm frennn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ibu humaira... jeng jeng.. atas sebab sebab yg tak dapat dielakkan ..saya tk dapat beli dengan si penjual nih medela maxi swing tu..so akhirnya saya beli fs jugak ...nnt saya review kay (fs la)

      Delete
  4. Mana lagi ok fs maxi swing.. tarikan susu dia sama x? saya tgh survey antara 2 ni... mana lagi senang ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Norliana... saya beli fs with calma teat.. bagi saya berbaloi baloi kerana saya bule pump kat mana mana tanpa power point... saya jarang caj bateri tu.. saya max guna 20minit x 3 setiap hari.. :-)

      Delete
  5. bunyi fs tu sangat kuat ke banding sm?

    ReplyDelete
  6. setahun yg lepas sy guna medeala fs. berbaloi.... boleh pam kat mana -mana.
    biasanya sy pam dlm bilik guru je (cikgu le ni...) sambil buat kerja menaip, tanda buku, berbincang dgn guru lain dan sebagainya. kalo kat rumah sambil masak, basuh pinggan, menyapu. sgt berbaloi

    ReplyDelete
  7. Maxi swing mmg jimat la..brbanding fs..ape pun maxi swing boleh free style juga..nk tahu lanjut boleh pm fb sye fasiha idrus..sye ada promosi skg utk fs dan sm.atau wassap 0193806311

    ReplyDelete
  8. hi nice to read your blog..
    www.mommyanneshop.com

    ReplyDelete
  9. tq... sy pun tgh survey pump ni...rs brkenan lak swing maxi ni.hihi

    ReplyDelete
  10. sy pon tgh survey medela ni..antara swing and medela fs.. cuma takut susu x byk mcm bazir plk bli fs..tp hari sgt2 berkenan kat fs ni huhu

    ReplyDelete
  11. slm nak tnya la..kalau guna battery aa kt maxi swing,brapa lama bleh tahan??brapa minit??urgent ni..sbb nk kna travel..nk bli pam yg portable n tahan lama...tq!

    ReplyDelete
  12. Sy nk let go pam medela swing.. Sapa berminat whatsapp or call sy. 0125222985

    ReplyDelete