27 Weeks 1 day - 8.3.13
Salam pagi Jumaat, minggu depan dah nak masuk 7 bulan.. dah kene bersiap sedia. Selalunya kalau dah 7 bulan semua barang kene siap terutamanya beg yg berisi barang barang nak bawak ke hospital. Ini adalah amalan saya setiap kali mengandung anak pertama dan kedua dulu. Beg tu kene masuk siap siap dalam bonet kereta tau..
Kedengaran mcm poyo kan.. tapi kalau tetiba nak beranak...turun tanda walaupun baru 7 bulan, saya tak nak amik masa utk packing semua barang tau, saya nak terus pergi hospital hokay. :)
Tapi baju baju baby belum basuh lagi..so kene basuh baru start packing... huhu
Baru baru ni jam 430 pagi saya dikejutkan dengan kekejangan betis sebanyak tiga kali dalam masa yang sama. Akibatnya betis saya tu bengkak, sakit dan bila nak berjalan memang terasa sangat kat tempat kejang tu.. esoknya saya MC gara gara tak boleh nak bergerak banyak dan bengkak. Memang kehamilan saya yang sebelum ini saya dah biasa kejang betis dan jari kaki. Selalunya berlaku waktu subuh dan maghrib. Untuk kehamilan kali ini, ini yang pertama yang teruk.
Sebelum ini pun memang hampir hampir nak terjadi kejang time saya nak mengeliat tapi saya cepat cepat tegangkan kaki so tak terjadi kejang tu...
Antara sebab sebab saya menjadi kejang melalui penggugelan saya di internet, saya kekurangan kalsium sebab saya memang tak minum susu langsung. Sebab kedua, saya banyak berjalan (time cuti bershopping) banyak duduk (time bekerja) sebab saya bekerja di kaunter informasi, kaunter tu saya sorang jer so nak mengular pun tak bule kerap sangat (kadang kalau punggung kebas saya berdiri jer kat kaunter tu) hehe.
Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli kalsium tablet jenama shaklee (ostematrix) dari kawan sekolah saya, disebabkan kejang kaki tu tersangatlah sakit maka saya pun dengan rela hati nak amik ostematrix tu sebanyak 1000mg sehari setiap malam sebelum tidur. Saya ni jenis yang tak suka nak amik supplement sebenarnya. Tapi pengalaman jujur saya menggunakan ostematrix shaklee ni sangatla bagus sebab setiap awal pagi, saya mesti masuk tandas membuang sedangkan sebelum ni saya memang ada masalah sembelit. Selama 6 tahun saya memang ada sembelit, bila hamil masalah sembelit makin teruk tau. Tapi selepas amik ostematrix ni masalah tu berkurangan sebanyak 80% dan saya bersyukur. Selama 2 minggu saya mengamalkan ostematrix dan selama itulah saya belum mengalami kekejangan kaki lagi.
Waktu entri ini disiapkan saya sudah pun hamil 29 weeks :)
No comments:
Post a Comment