05.02.2013 22weeks 5days
Salam perkenalan
Ini adalah blog ke 3 saya, blog ini akan menjadi ruang untuk saya meluahkan dan menceritakan pengalaman dan perjalanan hidup saya mengandung, melahirkan dan membesarkan anak ke 3 dan juga berkenaan penyusuan susu ibu. Untuk makluman blog pertama dan kedua menceritakan perjalalanan saya menguruskan badan dengan diet Atkins. Oleh itu blog ini juga tidak akan ketinggalan menceritakan perjalanan saya menguruskan badan selepas bersalin nanti. Apa yang berbeza kali ini saya tidak lagi 100% diet Atkins kerana saya menyusukan anak.
Berikut adalah serba sedikit mengenai diri saya, nama penuh saya Nadiyah Abdul berasal dari Kedah Darul Aman, berumur 33 tahun. Merupakan bekas pelajar Sek Keb Teroi dan Sek Men Keb Ibrahim Sungai Petani. Menerima Diploma Kejuruteraan Elektrik Kuasa dari UiTM Shah Alam dan sekarang bekerja sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Saya berkahwin dengan Mr A hampir 10 tahun dan mempunyai 2 orang anak Nur Qistina Ariedia & Muhd Qashah Ariedia dan kini sedang mengandung anak ke 3. Kawan-kawan mengenali saya sebagai seorang yang peramah, pot pet dan juga ceria. Saya suka berkongsi apa yang saya tahu, lebih lebih lagi sesuatu informasi yang susah didapati dan dapat membantu orang lain.
Disebalik kehamilan ke 3
Untuk hamil kali ke 3 tersirat banyak kenangan manis yang sukar untuk digambarkan, 6 tahun jarak dengan anak ke 2, bagi suami saya sudah cukup sepasang anak yang diberikan oleh Allah, sehinggakan suami saya menetapkan syarat saya perlu turunkan berat badan dahulu kepada 60kg, barulah dia akan setuju untuk saya hamil kali ke 3, pada waktu itu berat badan saya 78kg, saya berusaha untuk kurus dan berjaya mendapat 61.6kg, belum sempat mendapatkan 60kg saya mengandung tetapi bukan sebab suami dah okay tetapi sebab Allah yg dah tentukan saya akan mengandung kali ke 3..hehe.
Nampak sangat keterujaan saya kan... Saya memang inginkan anak lagi kerana banyak perkara yang belum tertunai..wah!! apakah itu?
- Saya ingin menyusukan anak saya dengan susu saya selama 2 tahun atau lebih. Anak sebelum ini hanya setahun disebabkan kekurangan ilmu dalam penyusuan susu ibu.
- Saya ingin berpantang dengan sebaik baiknya selama 44 hari kerana anak sebelum ini saya berpantang secara suka hati sahaja. Akibatnya seluruh anggota badan saya sakit sehinggalah hamil kali ke 3 ini pun saya tak sekuat dulu.
- Saya nak berpantang di rumah saya sendiri kerana anak sebelum ini berpantang dirumah ibu saya dan ibu mertua saya.
- Kali ini suami saya bekerja sendiri dan pastinya saya ingin dijaga oleh suami sepenuhnya dan sudah pasti dia akan menjaga saya dengan sepenuh hati, sebab suami saya BAIK sangat!!
- Anak merupakan harta kita di dunia dan akhirat, lagi ramai lagi bagus, tetapi ingin saya nyatakan di sini, cukup jika Allah takdirkan saya ada 3 anak. Semuanya saya serahkan pada Allah
Okay, saya berdoa semoga kehamilan kali ini akan berlaku dengan lancar dan segala impian saya akan tertunai... Amin
ILOVEU MAMA I WILL ALWAYS BY YOUR SIDE:)
ReplyDelete