pregnant

Wednesday, April 24, 2013

PERSIAPAN KE HOSPITAL BERSALIN

Salam sejahtera...

Hari ini saya nak senaraikan barang-barang yang akan saya bawa ke hospital bersalin nanti.

MAMA

  1. Buku Pink & Kad Pengenalan
  2. Telefon dan Cajer
  3. Baju Balik (Nursing Blouse) 1
  4. Sweater 1
  5. Nursing Bra 2
  6. Kain Batik 1
  7. Stokin Tebal 2
  8. Disposable Pad 10"s
  9. Disposable Panties 5
  10. Tudung w/o awning 1
  11. Tuala Mandi 1
  12. Berus & ubat gigi, Sikat
  13. Selipar
  14. Breast pad
  15. Bengkung Beautiful/moden
BABY
  1. Receiving Blanket 1
  2. Barut 2
  3. Pampers 5
  4. Baju baby 3 pasang
  5. Topi 2
  6. Sarung tangan & kaki 3
  7. Tuala
  8. Baby Wipes
PAPA
  1. Kamera @ Video
  2. Telefon & Cajer
  3. Kopiah
  4. Tshirt
  5. Toiletries
BAKUL
  1. Thermos
  2. Plastik Sampah
  3. Biskut
  4. Milo & Gula
  5. Air Zam Zam
  6. Sudu & Cawan
  7. Akar Herbanika NR
  8. VCO Tanamera 
  9. Minyak Herbanika & Mustajab NR
  10. Minyak Telon
LAIN-LAIN
  1. Senarai org yg akan dihubungi selepas melahirkan
  2. Panduan zikir semasa sakit bersalin (laminated)
  3. Untuk talian pra bayar pastikan ditambah nilai yer :)
Sekian dulu setakat yang saya bule ingat :)

Tuesday, April 23, 2013

DAH DEKAT DAH...

33 weeks 6 days

Salam sejahtera... Esok dah 34 weeks, dah tak lama dah .... huhu takut nak bersalin sebenarnya. Lagi 3 @ 5 minggu dah nak bersalin dah.
Baby dalam perut saya ni bergerak sangat aktif hinggakan sampai satu tahap saya minta tolong asben usap usap dan minta tolong baby slow down. Saya juga perasan baby dah pandai bezakan antara siang dan malam, kalau dulu siang dia diam jer jarang bergerak, tapi sekarang dia dah makin aktif sebelah siang dan malam dia akan kurang aktif. Harap harap sampai la baby keluar nanti pun macam tu yer ...
Dah dua ari saya mengalami kesukaran untuk berjalan... bila berjalan, rasa mcm kepala baby menguit kat miss v. Kadang terpikir "uish aku ni nak bersalin awal ker?" :)

Bila dah dekat nak bersalin ada beberapa perkara yang perlu disiapkan:-

1) Siapkan keperluan untuk ke hospital dan simpan dalam kereta
>>> Barang mama & newborn belum packing 100% hehe.

2) Hospital bersalin pilihan
>>> Saya dan suami sepakat nak bersalin di Hospital Bersalin Razif, Klang. Itupun kalau tiada apa-apa komplikasi. Jika di rujuk oleh doktor kerana masalah lain kami memilih Hospital Sungai Buloh. Bagi saya yang dah nak bersalin kali ke 3 ni.. kalau ade masalah lebih baik pergi hospital kerajaan. Saya dah dua kali bersalin di hospital kerajaan dan tiada masalah. Cuma kali ni teringin sangat nak suami berada disisi waktu sakit nak bersalin dan ingin kan keselesaan, sebab tu saya memilih Hospital Bersalin Razif, Klang (HBR).
Saya sudah membuat pemeriksaan di HBR semasa kandungan 32 minggu. Seeloknya kita melakukan pemeriksaan 2@3 kali sebelum bersalin menurut info dari kawan yang sudah 3 kali bersalin di HBR.
Selepas pemeriksaan tu, saya ada buat lawatan ke ward HBR dan suasananya selesa, doktor yg memeriksa saya pada waktu itu Dr, Junaidah, lembut orangnya. Harapan saya agar kali ni saya dapat bersalin kat HBR dengan selamat dan tiada sebarang masalah... In Shaa Allah....

3) Semua keperluan newborn perlu dibasuh
>>> Alhamdulillah..semua dah basuh dan saya rasa semua barang baby dah cukup untuk sepanjang berpantang. Nanti lepas pantang leh la keluar beli lagi kalau ada yang tak cukup hihi.

4) Pastikan anda booking tukang urut/bidan pilihan anda. 
>>> Saya dah telefon bidan dan bagitau bila jangka bersalin, dia pun dah noted.. saya siap minta tolong dia datang untuk mandikan baby sahaja, in case suami saya tiba tiba tak berani nak mandikan baby pada hari pertama. Sebab saya bercadang nak urut hari ke 4-6 selepas bersalin.

Rasanya setakat ni dulu apa yang saya boleh fikirkan :)


Wednesday, April 3, 2013

MENU & RESEPI BERPANTANG

30 weeks 6 days 3.4.13

Salam semua... esok dah 31 minggu. Nak story la sikit pasal check up kat klinik kesihatan. Kandungan dah nak masuk 31 minggu ni, baru nak citer pasal gi checkup hehe. Saya check up kat klinik kesihatan saya kerja jer.. tapi tetap kene marah sebab hemoglobin saya turun dengan teruknya iaitu 8.9 muahaahaha..... memangla saya ni thalassemia trait tapi sebab saya langsung tak amik obimin yang doktor suruh kan, memangla merundum turun hb saya.Saya ni pelupa bab amik vitamin ni... lagipun kalau amik obimin saya sembelit tu yang tak suka tu :(
Lepas tu kiraan gerak anak pulak saya tanda dengan baik tapi tak catat kiraan yg ke 10 tu pada pukul berapa? kena jugak marah dengan doktor. Ingat kalau keje kat klinik tak kene marah? hmm doktor n nurse marah sebab sayang kat mama & baby tau. Oleh sebab itu saya dengan ini mengistiharkan yang saya sudah insaf dan rasa sangat bersalah kerana saya tahu tindakan saya sangat berbahaya untuk saya dan baby.
Oleh kerana keinsafan yang mendalam, saya pun mengambil semula obimin dan kalsium setiap malam sebelum tidur, kenapa saya amik malam? sebab saya akan terus tido dan tak ambil apa apa makanan  atau minuman yang berkafien yang bule menyebabkan obimin tidak dapat diserap dengan baik. Siapa yang ajar? haha diri sendiri punya idea, lagi 2 minggu check up kita tengok keputusan Hb saya okay ke tidak...

Entry kali ini saya nak ceritakan menu & resepi berpantang yang menjadi pilihan saya. Harap suami saya dapat masakkan n sediakan untuk saya hihi...

TIPS berpantang:-
1. Minum teh herbanika satu mug dengan mengguna sudu setiap kali sebelum makan; cara ini dapat mengenyangkan ibu dan membantu ibu berpantang menguruskan badan ketika berpantang.

2. Manjakani dan kacip fatimah hanya boleh di ambil selepas bersalin 30 hari kerana jika diambil terlalu awal, peranakkan akan kecut dan darah-darah kotor tak sempat habis keluar dan ini akan menyebabkan darah kotor terkumpul dan menjadi busuk...

3. Seminggu pertama digalakkan makan makanan yg kering dan hadkan pengambilan air. Minggu ke 2 berpantang bolehlah menyediakan sayur atau lauk yang berkuah dan meningkatkan jumlah pengambilan air.

4. Untuk senarai makanan yang boleh dan dilarang makan ketika berpantang anda boleh merujuk dengan encik google sebab dah banyak sekarang di internet Antaranya:- .Makanan yang boleh dan tidak boleh ketika berpantang.
*****

Berikut adalah menu yang saya rancang untuk berpantang kali ini,
Sarapan pagi 
Air akar herbanika NR dan 3 bj phytonatal (hari 4-30)
+ Cornflakes + yogurt  ATAU Roti wholemeal bakar
+ Milo kosong ATAU Susu badam madu

Makan tengahari
Nasi panas
+ Air akar herbanika NR
+Menu & resepi lauk seperti di bawah

Minum petang & Supper
Roti krim ATAU biskut jacobs
+ Milo kosong
+ Air akar herbanika NR
*****
(A) RESEPI MAKANAN IBU BERPANTANG

Kalau suka makan ikan bilis goreng jangan lupa beli banyak-banyak dan buat stok untuk berpantang :)
RESEPI BERTEMAKAN IKAN BILIS 
  • ikan bilis + cili merah ditumbuk dan digaul dengan nasi panas
  • ikan bilis + halia (dipotong halus) + lada hitam (ditumbuk) + kunyit (dipotong halus) disangai atas kuali sampai kering 
ACAR 

KERABU PEGAGA
1. Tumbuk (ikan bilis + lada hitam + cili merah) + bawang merah (dihiris) + garam + pegaga (dihiris) gaul kan kesemuanya (jika suka tambah sedikit kerisik)

SOS LADA HITAM
Sos ini untuk digaul dengan nasi panas atau ditabur diatas ikan goreng/kukus.
Blender kering :-
  • lada hitam + kunyit hidup + garam + bawang putih + sedikit cuka
IKAN TENGGIRI MASAK HALIA
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 6 ulas bawang putih dihiris
  • seketul kunyit dihiris memanjang
  • seketul halia dihiris memanjang
2. Masukkan sedikit air hingga mendidih dan masukkan 2 ketul ikan tenggiri.
(Boleh digantikan dengan ikan lain yang boleh diambil ketika berpantang)

SAWI TUMIS AIR
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • Kiub ikan bilis @ ikan bilis 
  • 3 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah ditumbuk
2. Masukkan sedikit air hingga mendidih dan masukkan sawi yang telah dipotong.
(Boleh menggantikan sawi dengan lobak putih atau sayur sayur lain yang boleh diambil ketika berpantang)

KUCAI GORENG KICAP
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • Kiub ikan bilis @ ikan bilis 
  • 3 ulas bawang putih & 2 ulas bawang merah ditumbuk
2. Masukkan kucai dan kicap. (Boleh digantikan dengan sayur lain yang boleh diambil ketika berpantang)

KARI IKAN HARUAN
1. Tumis dengan sedikit minyak :-
  • 1 tangkai daun kari
  • Bawang besar
  • 4 camca serbuk kari ikan (digaul dengan sedikit air dulu)
2. Sampai keluar minyak masukkan 
  • Air asam semangkuk 
  • Ikan haruan

B) RESEPI MINUMAN IBU BERPANTANG

AIR HALIA utk 3 hari pertama berpantang. Jangan minum banyak.
  • Air + ( (Halia + Bawang putih + Lada hitam) yang diketuk)
AIR SUSU ALMOND
1. Blender semuanya dan minum setiap pagi. Bagus untuk membanyakkan air susu ibu.
  • 1 gelas Susu Segar
  • 1 biji Kurma
  • 21 biji Kismis
  • 7 biji Badam 
PATI AIR HALIA
1. Rebus semua bahan sehingga menjadi 1 liter air sahaja supaya menjadi pati:-
  • 2.5 liter air
  • Halia besar tapak tangan
  • Gula Kabung
  • 2 bj Bunga Cengkih
  • Sehelai daun pandan
2. Tuang sedikit pati dan campurkan dengan air untuk diminum.

AIR KUNYIT (minum selama tiga hari sahaja)
  • Kunyit hidup diparut ambil airnya dan direbus sampai mendidih
  • Masukkan air asam jawa
  • Masukkan gula secukup rasa
PATI HALIA KURMA
1. Kisar dan didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 3 jam. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.
  • 200gm Halia
  • 20 biji Kurma
  • 750ml Air
AIR MANJAKANI
1.Didihkan kemudian perlahankan api (renehkan) selama 15minit. Tapis kemudian bule dijadikan pati untuk diminum dengan mencampurkan air.
  • 5biji Manjakani
  • 500ml Air
  • 2cm Halia
  • 2cm Kunyit
  • 2kpg Asam keping
AIR PEGAGA
1. Rebus semua bahan menjadi 3 cawan air.
  • 2 ikat Pegaga
  • 5 cwn Air






Hospital Sungai Buloh

30 weeks 2days 30.3.13
Hari ini kami sekeluarga pergi ke Hospital Sungai Buloh buat pertama kalinya untuk melawat jiran kami yang berada di wad ICU akibat kemalangan motorsikal. Nama jiran tu sama dengan nama asben saya. Umur pun dalam lingkungan yang sama la beza dalam 3-4 tahun jer kut.
Sedih dan sebak melihat jiran kami yang memang tak sedarkan diri sejak kemalangan tu. Sedih lagi bila aku lihat isterinya yang memang setiap kali bercerita ada genangan air mata. Masa kat wad icu tu aku cuma cakap kat asben... kalau perkara ni terjadi pada aku.. entah macamana aku nk menghadapinya.
Aku berdoa agar jiran aku kembali sembuh seperti sedia kala.. sekurang kurang nya lawatan kami kesana banyak memberi kesedaran pada kami.

Memandangkan dah sampai kesana aku dan asben pun jenguk jenguk la wad bersalin HSB sebab hospital ini antara yg berada dalam senarai aku untuk bersalin kali ni. Secara amnya hospital ni memang cantik sebab hospital baru kan. Dari rumah nak ke HSB pun tak jauh dalam 30 minit dah sampai.
Tapi keinginan untuk suami menemani saya di wad sangat tinggi kali ni oleh itu bersalin diswasta akan menjadi keutamaan untuk mencapai hasrat itu.
Tapi di sebab kan buku pink saya pun stiker kuning (byk komplikasi) sebaiknya bersalin kat hospital kerajaan. In shaa Allah. .. sampai masanya nanti kita tengokla..bersalin kat mana yer... hihi.
Okay sekian dulu coretan utk hari ini... ♥♥♥


posted from Bloggeroid

Monday, April 1, 2013

JADUAL BERPANTANG SAYA

30weeks 5days 2.4.13

Salam hari Selasa... Bulan lepas banyak sangat MC dan EL... dengan keadaan saya yang tak sihat, kemudian anak lelaki saya Muhd Qashah demam sampai dimasukkan ke hospital. Memang rasa tak best nak bekerja bila banyak sangat cuti, sebab kat tempat kerja tu ramai sangat yang "memahami".
Maklumlah diorang ni belum kawin dan belum ada anak..itu yang "memahami" sangat tu sampai incaj pun jadi tertekan sebab serba salah. Takperla... kalau ada jodoh korang dan ada rezeki diberikan anak.. korang rasa la balik nanti.In Shaa Allah.....

Wah..dah 30 minggu mengandung.. ramai yang kata kalau masuk 30 nih masa akan lebih cepat berlalu. Kita tunggu dan lihat jer yer. Baby dalam perut ni pun aktif sangat, macam mesra dengan alam diluar pun yer. Kadang rasa perut ni makin sempit, makin tak muat untuk baby, nak tido pun makin susah nak mengiring ke kiri atau ke kanan. Itulah pengorbanan seorang ibu.. bila baby bergerak menendang dalam perut ni, rasa best sangat!..

Okayla.. akhirnya saya berjaya siapkan jadual berpantang saya. Jadual ini khas untuk berpantang menggunakan produk NonaRoguy dan untuk ibu yang plan nak menyusukan anak dengan susu ibu. Ini adalah perancangan sahaja..pelaksanaan kene tunggu saya bersalin nanti yer.. saya akan update berapa percent yang saya ikut. Saya berdoa agar saya dapat ikut jadual ini sepenuhnya. :)


JADUAL 3 HARI PERTAMA
Seawal mungkin bangun untuk berdiang dengan tilam contiago, pastikan baby tidak diletakkan atas tilam tersebut. Sapu keseluruhan badan dengan minyak herbanika NR sebelum berdiang. Lakukan selama 2 jam.
6 pagi >>> Pump susu ***** untuk bekalan baby time bertungku dan mandi nanti. Suap guna sudu @ cawan sahaja
7 pagi >>> Minum pagi (Akar herbanika minum dulu dengan sudu)
715 pagi >>> Bertungku & Berdiang (2 minggu pertama jgn cungkil hanya tuam)
815 pagi >>> Mandi Herba
830 pagi >>> Barut (sapu minyak HN shj) + Bengkung
Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
12 tghari >>> Makan tengahari (Akar herbanika minum dulu dengan sudu)
Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
4 ptg >>> Minum petang (Akar herbanika minum dulu dengan sudu)
410 ptg >>> Bertungku & Berdiang (2 minggu pertama jgn cungkil hanya tuam)
5 ptg >>> Mandi Herba
515 ptg >>> Barut (sapu minyak HN shj) + Bengkung
6 ptg >>> Dinner (Akar herbanika minum dulu dengan sudu, menu nasi untuk 2 minggu sahaja)
Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
Supper
9 mlm >>> Tidur (Berdiang selama 2 jam sebelum baby bangun utk menyusu)


JADUAL HARI 4 & SETERUSNYA (sehingga habis pantang @ Sehingga habis produk)
Seawal mungkin bangun untuk berdiang dengan tilam contiago, pastikan baby tidak diletakkan atas tilam tersebut. Sapu keseluruhan badan dengan minyak herbanika NR sebelum berdiang. Lakukan selama 2 jam.
6 pagi >>> Pump susu ***** untuk bekalan baby time bertungku, berurut dan mandi nanti. Selepas susu matang keluar bule perah untuk simpanan.
7 pagi >>> Bertungku & Berdiang  (2 minggu pertama jgn cungkil hanya tuam)
8 pagi >>> Mandi Herba
815 pagi >>> Urut (3 hari sahaja)
915 pagi >>> Lulur (HN Lulur)
10 pagi >>> Barut (sapu HN, HNB & felina) + Bengkung
1015 pagi >>> Minum pagi *****(jgn lupa amik phytonatal sebelum sarapan)
1030 pagi >>> Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
12 tghari >>> Makan tengahari (Akar herbanika minum dulu dengan sudu)
1230 >>> Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
4 ptg >>> Minum petang (Akar herbanika minum dulu dengan sudu)
410 ptg >>> Bertungku & Berdiang
5 ptg >>> Mandi Herba

515 ptg >>> Lulur (Param Sari Ayu)
530 ptg >>> Barut (sapu HN, Felina & barut herba) + Bengkung

6 ptg >>> Dinner ( (Akar herbanika minum dulu dengan sudu, menu nasi untuk 2 minggu sahaja selepas itu hanya biskut/roti dan air panas)
Rehat (aktiviti yang boleh dilakukan seperti berdiang dan tidur)
Supper
9 mlm >>> Tidur (Berdiang selama 2 jam sebelum baby bangun utk menyusu)

TIPS LAIN:
Perah susu kolostrum hanya sebelah pagi sahaja, Setelah susu matang keluar barulah bule mengepam dengan kerap untuk kosongkan payudara supaya penghasilan susu meningkat. Susu yang telah diperah boleh disimpan untuk bekalan baby ketika ibu bekerja nanti. Pastikan menyusu setiap 2 jam pada sebelah siang dan setiap 3 jam pada sebelah malam. Seelok eloknya jangan biarkan baby menangis baru kita susukan untuk elakkan baby terbiasa menangis jika perlukan sesuatu.

Selepas hari ke 30 boleh melakukan tangas kering sebelum mandi selama 10 hari berturut turut.
Selepas hari ke 30 boleh memanggil bidan untuk mengurut setiap seminggu sekali jika mampu :)



Saturday, March 30, 2013

AKTIVITI BERPANTANG VERSI SAYA

25weeks 6days 25.02.13

Baby dalam perut ni sangat aktif bergerak sepanjang minggu ni, paling aktif sebelah malam, harap baby lahir nanti jangan kuat berjaga malam sudahla... hehe

Kali ni saya nak ceritakan tentang aktiviti berpantang versi saya punya... Setelah mendapatkan maklumat mengenai berpantang secara tradisional dan moden dengan begitu lamanya... khusyuknya dan tawadduknya.. jeng jeng hehe.. berikut saya terangkan serba sedikit mengenai aktiviti berpantang yang menjadi pilihan saya.
Ini baru pilihan tau belum perlaksanaannya.. nanti bila dah sampai ke peringkat perlaksanaan saya akan review balik.. haha kita tengok berapa percent yang menjadi kay...

Selepas keluar dari hospital (Hari 1-3)
  • Gosok minyak herbanika NR keseluruh badan, kepala dan pakai stokin & bengkung.
  • Tuang minyak herbanika NR atas pad.
  • Minum air Akar herbanika NR
1) Bertungku - 
  • Dilakukan pada hari 1 selepas keluar hospital hingga hari ke 44.
  • Dilakukan 2 @ 4 kali sehari.
  • Lakukan selepas @ sebelum mandi herba. 
  • Lakukan selepas @ sebelum mengurut (tanya mak bidan anda) 
  • 2 minggu pertama mula dengan tuam seluruh badan dan selepas itu baru bule bertungku dengan cara mengcungkil dibahagian perut/peranakkan.
  • Dimulakan dengan tuam bahagian peranakan selama 25 minit, kemudian tuam bahagian kemaluan dan duduk bertinggung atas tungku, Baring dan mula tuam bahagian dada, diikuti ulu hati, ketiak kanan & kiri dan tengkuk (buat mcm bantal). Kemudian bahagian betis terus ke peha, punggung, pelipat bawah lutut dan pergelangan kaki, akhir sekali tapak kaki. Tapak kaki anda boleh tuam dengan mengangkat sedikit lutut dan letakkan tungku dibawah tapak kaki hingga batu sejuk. Proses bertungku ini memakan masa selama satu jam.
  • Saya juga mengguna sarung tungku herba yang dibeli secara online supaya suami saya tidak perlu lagi bersusah payah mencari daun mengkudu dan membalut tungku.
  • Saya bercadang untuk memanaskan tilam contiago (berdiang) sambil bertungku nanti.
2) Makan kapsul herba
  • Disyorkan untuk mengambil Phytonatal pada hari ke 4 selepas bersalin hingga habis stok.
  • Saya memilih kapsul herba keluaran NonaRoguy iaitu Phytonatal. Ramai blogger yang menggunakan kapsul ini memuji bahawa kapsul ini banyak membantu ibu ibu berpantang dari sembelit.
  • Ambil 3 tablet sebelum sarapan pagi ( buleh ditambah hingga 4 tablet mengikut kelawasan membuang air besar)
  • Selepas hari ke 30 gantikan dengan Phytox sebanyak 2 tablet sebelum sarapan, sehingga hari ke 44.
  • Digalakkan minum bersama air Akar Herbanika NonaRoguy.
3) Mandian herba
  • Dilakukan pada hari 1 selepas keluar hospital hingga hingga habis stok mandian herba. Sekurang kurangnya 2 minggu.
  • Boleh beli mandian herba segera dipasaran untuk yang tinggal dibandar dan susah nak dapatkan daun daun herba dirumah. Saya sudah membeli 10 paket mandian herba dari kedai herba cina dan 3 bunjut mandian herba secara online.
  • Jangan mandi terlalu lama, digalakkan 10 minit sahaja dan selepas pukul 10 pagi (ikut mak saya org kedah: tetapi kat klang selangor orang jawa mandi awal pagi la.. huhu ikut jerla cakap bidan)
  • Dilakukan sebelum @ selepas berurut dan bertungku (ikut bidan anda)
  • Uncang cuci herbanika Nonaroguy boleh juga dijadikan mandian herba dengan merebus sekali dengan daun inai, daun sirih, pandan, serai wangi, halia tua, halba & garam.
  • Ingat! mandian herba hanya untuk badan sahaja, jangan mandikan di rambut sebab rambut akan keguguran, sila guna air biasa untuk rambut.
  • Boleh mandi wap selepas hari ke 30 selama 7 hari berturut-turut.
4) Lulur/Param
  • Digunakan pada hari ke 4 selepas bersalin hingga habis stok.
  • Saya menggunakan herbanikalulur NonaRoguy yang perlu dicampur air fluorida dan minyak berubat herba NR selepas lulur kembang baru  masukkan sedikit air.
  • Dilakukan selepas mandi dan perlu dipakai seharian untuk mengelakkan angin masuk dalam badan.
  • Selepas disapu keseluruh anggota badan, gosok pada tempat yang berdaki & biarkan kering kemudian sapu atau buang ketulan yang melekat dibadan. Jangan sental dibahagian perut dan payudara dengan kuat dan berhati hati kerana warna kuningnya akan melekat di baju.
  • Saya bercadang untuk menggunakan losyen param keluaran Sari Ayu pada sebelah malam.
5) Berbarut 
  • Bermula pada hari ke 4 hingga habis stok.
  • Saya menggunakan krim herbanika barut NR. Sapukan dahulu minyak herbanika NR kemudian diikuti dengan krim herbanika barut NR.
  • Saya bercadang untuk menggunakan losyen felina, kapur sirih dan perahan limau nipis juga tetapi bergantung kepada keadaan dan kesesuaian perut saya nanti. Perut saya merupakan bahagian yang paling gemuk dan tebal oleh itu saya memang perlu menitik beratkan soal berbarut dan juga berbengkung.
  • Dilakukan pada waktu pagi dan malam selepas mandi & lulur.
  • Saya bercadang untuk menggunakan krim barut pada sebelah pagi sahaja. Pada sebelah malam saya akan menggunakan bengkung herba yang terdapat dipasaran. 
  • Saya juga menggunakan kain cotton yang dikitarsemula dari cadar katil lama untuk dijadikan sebagai lapik mengelakkan dari bengkung kotor. Jadi bengkung tidak perlu dibasuh setiap hari.
6) Berbengkung
  • Dilakukan sebaik baiknya selepas bersalin, ketika di hospital, boleh memakai bengkung zap dahulu, saya bercadang untuk menggunakan bengkung beautiful dahulu selepas bersalin di hospital. Bengkung tali boleh dipakai dirumah.
  • Bengkung tali yang saya pilih sangat unik kerana bengkung ini hanya perlu dibuka separuh sahaja jika ingin pergi ke tandas, berbanding bengkung sebelum ini saya perlu membuka semua tali dan ini menyebabkan saya malas untuk memakai bengkung jika kerap ke tandas.
  • Bengkung ini boleh juga digunakan untuk ibu bersalin secara pembedahan tau. Kalau berminat nanti pm saya.
  • Saya memilih untuk berbengkung selama 44 hari sepanjang masa kecuali ke tandas dan mandi, dengan penuh ketaatan demi memastikan perut saya kempis dengan jayanya... hehe
7) Air Cucian miss V
  • Dimulakan pada hari pertama balik dari hospital. 
  • Rendamkan uncang cuci herbanika NR ini dengan 1 genggam garam kasar dan gunakan untuk merendam, mencebok, atau bertangas alat sulit ketika berpantang.
  • Selepas mencuci alat sulit, bolehla menuangkan sedikit minyak herbanika NR ke atas pad sebelum dipakai. Amalkan setiap kali basuh, lap dan pakai pad yang diletakkan MHN.
  • Sepaket uncang cuci yang telah direbus ini boleh digunakan untuk 5-7 hari (sehingga hilang warna)
8) Bertangas
  • Lakukan sebelum mandi, selepas 30 hari bersalin, elok dilakukan tangas kering selama 10 hari berturut-turut.
  • Selepas hari ke 40 hingga 100 hari (kalau rajin hehe) bolehla dilakukan tangas basah pula.
  • Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan bertangas dan cara cara melakukannya, boleh klik di sini.
  • Bahan-bahan yang akan saya gunakan, terdiri daripada
>Uncang cuci herbanika NR,
>kunyit hidup ditumbuk,
>1sb jintan hitam,
>1sb halba,
>1sb garam kasar
>1/2 cwn perahan limau nipis
>minyak herba NR
  • Kesemua bahan tadi diletakkan di atas batu sungai yang telah dipanaskan dan dilapik dengan daun sirih.
  • Jangan lupa!! Tarik nafas dan buat senaman kemutan (menahan air kencing) selama 10 kali sebelum melepaskan nafas. Ulang 3 kali dan rehat 30 saat. Dan ulang kembali senaman kemutan. Lakukan sehingga selama 15-20 minit.
9) Berdiang
  • Dimulakan dari hari pertama balik ke rumah selepas bersalin.
  • Lakukan pada awal pagi.
  • Sapukan minyak herbanika NR seluruh badan sebelum berdiang.
  • Saya gunakan pelapik tilam contiago sebagai alat berdiang saya.
  • Memandangkan tilam ini boleh dilaraskan suhu kepanasannya, saya bercadang untuk berdiang beberapa kali dalam sehari dan akan memilih suhu yang lebih panas pada waktu pagi dan sebaliknya.
  • Kalau nak tahu lebih lanjut pasal tilam ini klik di sini yer. Tilam ini sangat bagus dipanaskan waktu sedang bertungku juga.
10) Berurut
  • Saya memilih untuk berurut selepas hari ke 4 bersalin selama 3 hari berturut-turut, selepas mandi dan bertungku.
  • Sila pastikan anda mendapatkan senarai bidan mengurut dan meneleponnya sebelum anda bersalin kerana takut mereka sudah penuh dan sibuk nak mengurut orang lain. Oleh itu lebih baik tanya awal-awal.. kalau tak serik wei orang urut dekat spa yang akan urut aku macam anak kedua dulu,  tidakkkk!!!
  • Berurut boleh dilakukan lagi selepas 30 hari berpantang sebanyak sekali seminggu.
  • Kalau suami anda atau tiada orang lain yang boleh mandikan baby seeloknya boleh tanyakan bidan sekali untuk amik pakej urut & mandi baby. 
11) Minum Akar Herbanika NR
  • Mulai dari hari 1 hingga habis stok, minum menggunakan sudu.
  • Rebus 2 peket dalam 1 liter air hingga mendidih dan simpan dalam thermos.
  • Minum sebanyak 3-6 cawan sehari. Pastikan setiap kali sebelum makan...minum satu mug dahulu menggunakan sudu.
  • Boleh direbus dengan serai 1 (diketuk), 2 inci halia tua (diketuk), 1 SB Halba dan 2 helai daun pandan.
  • Setiap peket boleh direbus berulangkali sehingga hilang warna.
Okay... sekian sudah aktiviti yang telah saya pilih dan rasakan yang perlu saya buat sepanjang berpantang nanti. Semua aktiviti ini hanya akan menjadi dengan pertolongan suamiku yang terchenta!! Amin......

Thursday, March 28, 2013

NEWBORN CHECKLIST

24 weeks (6 months) 14.2.2013

Salam hari Khamis... pregnant kali ni rasa cepat sangat masa berlalu, berbanding anak-anak yang lain rupanya dah 6 bulan dah kandungan saya ni.
Berdebar sungguh kali ni bila fikir pasal sakit nak bersalin, sebab jarak dengan anak ke 2 hampir 7 tahun kan, sakitnya macam nak bersalin anak pertama balik (orang kata). Apa pun saya berdoa agar semuanya berjalan lancar...
Kebiasaanya bila usia kandungan dah 6 bulan saya dah mula membeli baju dan keperluan baby, sebab kita tak tahu baby ni kalau tetiba dia tak sabar nak tengok mama dia, 7 bulan dia dah nak keluar. Bukan kita nak macam tu tapi kita kene bersedia. 
Sebelum nak pergi beli barang-barang baby dan mama, kene la buat senarai barang yang nak dibeli, kalau redah jer pergi shopping mall memang akan ada barang yang tak dibeli nanti. Lagipun perut dah besar, tak larat kita nak pusing pusing cari barang yang kita sendiri tak tahu apakah dia... betul tak?! Oleh itu, perkara pertama kita cari kat internet senarai keperluan bayi "newborn checklist" kemudian kita tengok mana yang perlu mana yang tidak perlu pulak...Berikut adalah senarai keperluan yang saya amik dari internet dan saya ubah suai mengikut kesesuaian dan keperluan saya.

KEPERLUAN DI HOSPITAL
(Mama)
  • Minyak Herbanika NonaRoguy
  • Akar Herbanika NonaRoguy
  • Minyak Berubat Herba NonaRoguy
  • Flask 
  • Buku Pink
  • Kad Pengenalan
  • Baju
  • Sweater
  • Stokin
  • Kain Batik
  • Nursing Bra & panties
  • Tudung
  • Tuala
  • Sikat, berus & ubat gigi
  • Pad
  • Selipar
  • Breast Pad
  • Beg plastik (isi baju kotor)
  • Makanan & Minuman
  • Air zam zam / selusuh
  • Buku
  • Telefon 
  • Kamera/videocam
  • Bengkung simple
(Baby)
  • NB Diapers
  • Baju 
  • Stokin tangan & kaki
  • Topi
  • Selimut/bedung
  • Barut
  • Tuala Mandi
  • Set syampu dan losyen (saiz kecil)
  • Baby wipe
  • Minyak telon
KEPERLUAN BERPANTANG
  • Set Bersalin - Pilihan saya NonaRoguy
  • Sweater
  • Selimut
  • Kain Batik
  • Stokin
  • Baju
  • Nursing Bra
  • Overnight Pad
  • Tuala 
  • Breast Pad 
  • Bengkung
  • Bengkung Herba
  • Tukang urut
  • Tungku
  • Balut tungku
  • Herba mandian (mama & baby)
  • Treatment sheet (beli kat farmasi)
  • Rempah ratus untuk masakan 
KEPERLUAN TIDUR BAYI
  • Tilam
  • Bantal NB (karipap)
  • Bantal
  • Bantal Peluk
  • Selimut/comforter
  • Playpen/babycot
  • Almari kecil
PAKAIAN BABY
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar panjang
  • Seluar panjang berstokin
  • Seluar pendek
  • Baju tanpa lengan
  • Overall / sleepingsuit
  • Romper
  • Stokin kaki & tangan
  • Topi
  • Barut
BARANGAN BABY
  • NB Diapers
  • Sapu tangan
  • Nappy Liner
  • Baby Wipes
  • Napkin
  • Changing mat
  • Bag Baby
  • Detergent utk baby
  • Bedak 
  • Losyen
  • Minyak baby
  • Sikat 
  • Cotton Bud
  • Nail Clipper
  • Minyak Telon
  • Kapas
  • Tuala
  • Bekas mandian
  • Baby bath seat
KEPERLUAN PENYUSUAN
  • Botol susu (wide neck)
  • Puting (bukan silikon)
  • Berus botol
  • Nursing pad washable
  • Nursing pad disposal
  • Nursing cover
  • Breastpump
  • Nursing bra
  • Cooler bag
  • Storage bag/bottle
  • Warmer (option)
  • Sterilizer (option)
Set bersalin kali ini saya memilih Nonaroguy... nanti saya ceritakan pasal set bersalin pulak daaaa...